Sabah : Dari Kundasang ke Ranau

by - 02:31




Selamat Pagi Ranau

Selamat pagi Ranau. Perjalanan di teruskan menjelajah kawasan Ranau. Di ranau, terdapat tamu berjual barang hasil tempatan, pagi tu bermacam-macam gerai ada, ada gerai makanan, gerai bundle . Aku sempat membeli ketupat palas untuk mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan.



Pulut Ranau

Destinasi pertama adalah Ladang Teh Sabah yang terletak di Ranau. Di Ladang Teh Sabah ini terdapat "Love Lock" di mana pengunjung boleh berkesempatan untuk mengabadikan alkisah kasih sayang melalui "lock" ala-ala Love Locks kat Paris tu.  Pengunjung boleh berkesempatan untuk berjalan di Ladang -ladang teh yang menghijau ini. Puas berjalan boleh lah mengambil gambar berlatarkan Gunung Kinabalu. Di sini juga, pengunjung dapat membeli kraftangan dan teh sabah yang femes itu.


Ke mana fikiran aku melayang masa tu?

Lokasi : Ladang Teh Sabah, Ranau

Yuran masuk : Percuma

Waktu beroperasi : 0800 - 4pm 

Di buka Setiap hari termasuk cuti umum



Please DO NOT Climb onto Teapot. 
Barangkali ada yang pernah menjadi monyet ni



 ala-ala Love Locks kat Paris


Teko Besar di Ranau


Ladang Teh


British tribute


 Aku dan pemandangan mengadap Gunung Kinabalu


Destinasi seterusnya adalah ke Kampung Luanti. Ada apa di Kampung Luanti? Dengan pintu masuk nya tersegam tiga ekor ikan? jeng jeng jeng....

Di sini,terdapat pelbagai jenis ikan besar-besar tetapi tidak boleh di tangkap atau memancing di sungai ini. Tempat ini adalah spa ikan, di mana ikan-ikan peramah ini akan bagi urutan manja, kena gigit-gigit manja la tu dengan ikan tu. Mula-mula masukkan kaki ke dalam air, rasa takut gak takut ikan ni baham kaki kang ada hilang telunjuk kaki hahaha. 

Ada juga Jambatan Gantung tetapi buat masa sekarang Jambatan Gantung di tutup sementara berikutan pembaikan sedang di Jalankan. Kalau rasa penat dan haus, terdapat beberapa gerai makanan ada di sini bolehkan singah membeli.


Di pintu masuk - tidak jauh dari sini adalah kaunter tiket dan kaunter kraftangan


Lokasi : "Tagal, Sg Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau

Yuran masuk : Dewasa + Rendam kaki = RM5.00
Kanak-kanak + Rendam kaki = RM2.00
Dewasa + mandi bersama ikan = RM10.00

Waktu beroperasi : 830 - 5pm

Di buka Setiap hari termasuk cuti umum



Selamat Datang ke Tagal Sg. Moroli, Kampung Luanti, Ranau


Sila ikut peraturan


Nah, besar-besar bha ikan dia, dah jinak lagi tu


Menikmati Spa ikan tapi sebenarnya acah-acah nak tangkap ikan tu sebab jinak sangat


Semua orang bergembira dengan ikan-ikan peramah ni


Jambatan gantung ni terletak sebelah sahaja tetapi tidak dapat masuk di sebabkan tengah di baikpulih


Destinasi seterusnya adalah Ladang Strawberry. Trip ke ladang strawberry kali ini tidak membuahkan hasil di sebabkan bukan musim buah strawberry. Cuma ada dua tiga pokok sahaja yang berbuah. Lokasi Ladang ini terletak agak tersembunyi dari jalan raya, kalau laju ke arah ranau memang akan termiss jalan masuk.


Di bangunan ini, tempat pembayaran tiket masuk.


Lokasi : Ladang Strawberry, Ranau

Yuran masuk : RM1.00

Waktu beroperasi : 830 - 5pm 

Di buka Setiap hari termasuk cuti umum



Di larang memetik buah


Masuk / in


Bila penat boleh lah berehat di sini di samping pemandangan menghijau yang mendamaikan


Strawberry yang aku jumpa, sebiji ja sebab bukan musim


Kita tengok pokok ja


Merah itu menawan


Waktu dah masuk tengah, destinasi seterusnya adalah Poring Hot Spring. Kolam air panas. Dah tengahari pergi mandi kolam air panas tapi yang lucunya sejam nak tunggu kolam tu penuh tak penuh penuh juga. Selain kolam air panas, pengunjung boleh pergi ke taman rama-rama, Tropical Garden, Poring Canopy walkway dan bunga rafflesia.


Poring Hot Spring Visitor Centre


Lokasi : Poring Hot Spring, Ranau

Yuran masuk : RM3 (dewasa)
Rm1 (kanak-kanak)

Waktu beroperasi : 830 - 5pm 

Di buka Setiap hari termasuk cuti umum



Kaunter pembayaran terletak bertentangan dengan Poring Hot Spring Visitor Centre


Pintu masuk 


Bayaran masuk


 Ke mana kita? 


 kiri kanan masih lagi menghijau


Di bawah terdapat air sungai 


Selamat datang ke Kawasan Air Panas Poring


Signboard


Sini lah kita bermandi kolam air panas yang tak pandai penuh-penuh


Telaga Air panas sulfur


Cuba teka, berapa jam baru penuh air dalam kolam air panas mini  ni?



Ini lah myvi yang kita sewa seharian


Sebelum balik ke Kota Kinabalu, aku dan amoi singgah gerai yang menjual sinalau bakas. Ini tidak halal owh, jangan pandai-pandai nak mencuba pula.


Gerai yang kita cuba


Sinalau Bakas yang telah siap di panggang




Summary Perjalanan dari Ranau Ke KK

1.Minyak kereta Rm50 (Bahagi dua orang - Rm25/seorang)
2.Yuran masuk "Tagal, Sg Moroli Kampung Luanti Baru- Spa ikan : RM3
3.Yuran masuk Ladang Strawberry, Ranau : RM1
4.Yuran masuk Poring Hot Spring, Ranau : RM3
5.Makan-makan sepanjang jalan : RM30.00

Total hangus : RM62.00

Jumlah keseluruhan dari Bintulu - Kota Kinabalu - Labuan - Kundasang - Ranau : RM478.16 (Tidak termasuk tiket penerbangan)

k, bye

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kronologi Perjalanan :-

Part 1 : Kota Kinabalu
Part 3 : Pulau Labuan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








You May Also Like

4 comments

  1. Seronoknya... banyak aktiviti yang boleh kita buat... kawasan yang masih suci lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, memang akan repeat pergi sana lagi...kehijauan yang mendamaikan :)

      Delete
  2. ikan besar dan jinak betul...tahun depan mmg ade plan ke Sabah..igt nak rasa kesejukan kundasang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat-sangat jinak ikan tu,dah besar2 pulak...Kundasang memang wajib pegi kalau pegi Sabah memang tak rugi pegi sana...Banyak tempat menarik

      Delete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my