Sabah : Trip ke Kota Kinabalu

by - 03:56


“Nobody can discover the world for somebody else. Only when we discover it for ourselves does it become common ground and a common bond and we cease to be alone.” – Wendell Berry


Penerbangan MH3326 ke Kota Kinabalu

Siapa sangka wishlist aku ke Sabah kali ini menjadi kenyataan tahun ini. Semoga wishlist aku yang lain turut terlaksana seperti ke Sabah ini. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan menentukan segalanya.

Perjalanan Penerbangan dari Lapangan Terbang Bintulu ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu mengambil masa sejam 15 minit. Hanya penerbangan Maswings sahaja yang beroperasi ke Kota Kinabalu dari Bintulu. Sedih kan,haha


Check in dan berbaris panjang


Sebelah kiri adalah Flight yang akan aku naik

Sepanjang perjalanan aku hanya tido sahaja dan bangun bila Pramugara menghidangkan makanan. Apabila buka mata, dah sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang KK, seterusnya ke kaunter imigresen untuk tujuan pengesahan dan hanya perlu menunjukkan kad pengenalan. Tapi tiba-tiba aku heran apabila di beri pas lawatan sosial berkuat kuasa sehingga 90 hari. Setahu aku, orang Sarawak tidak perlu pas lawatan sosial dan hanya free flow sahaja. 

Terus aku whatsap kawan aku yang bekerja di Imigresen Lapangan Terbang Bintulu dan terus dia suruh simpan slip tu kalau hilang kena buat laporan polis. Kalau di ekotkan sarawakian tidak perlu menggunakan pas lawatan sosial untuk ke Sabah. Tapi tidak mengapa, dan tidak menjejaskan aku untuk explore Sabah selepas ini. Agaknya Pegawai tu ingat aku orang semenanjung kot hahaha.


Pas lawatan sosial aku selama 90 hari, sedangkan aku Sarawakian haha


Dorm yang aku booking ni jenis Mixed Dormitory fan tapi di upgrade pergi Female Dormitory Air Conditioning. Free Breakfast lagi tu


Perjalanan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke tempat aku stay lebih kurang 15 minit dan menggunakan perkhidmatan Uber hanya Rm5 sahaja di kenakan. Murahkan menggunakan Uber jika berbanding dengan Teksi. 

Satu benda yang aku perasan semasa perjalanan ke hostel, round about sini kecil-kecil plak, ada yang hanya di cat sahaja di lantai. Unik sungguh sebab pertama kali jumpa round about di cat di lantai. Kalau aku drive komfem tak nampak round about jenis cat tu.

Selepas check in ke dalam dorm, aku melelapkan mata sehingga petang sebelum memulakan operasi meredah Kota Kinabalu. Suasana malam di Sabah lebih cepat sejam jika di banding di Sarawak.



Di hadapan mall Suria Sabah


Ikan apakah ini? Ikan todak?


I love KK


Suasana Seafood di Pasar malam Filipina, udang pon besar-besar


Singgah semata-mata nak makan jagung bakar, sedap bah


Hard Rock Cafe ini terletak di Oceanus Waterfront Mall, jauh kaki ni berjalan sehingga terjejak mall ni


Di hadapan Oceanus Waterfront Mall patung ini mengalu-alukan kedatangan anda


Bundle terbesar penah aku jumpa setakat ni

Berjalan di KK ni seolah-olah berada di Korea plak. Mana-mana pergi asyik terserempak dengan warga korea. Cumil-cumil plak tu macam Song Ji Hyo.


Summary perjalanan hari pertama :-

1. Naik Uber dari Lapangan Terbang KK ke Hostel = RM5.00 tetapi di bahagi dua RM2.50 seorang.
2. Makan-makan = RM10, sebab share dua orang
3. Dorm = 16.46

Total hangus : RM 23.96

Memandangkan ke esokkan hari nya aku terpaksa bangun awal untuk mengejar feri ke labuan di Jesselton Point, malam tu aku tidur awal.

k, bye

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kronologi Perjalanan :-

Part 2 : Kota Kinabalu - Pulau Labuan
Part 3 : Pulau Labuan
Part 4 : Pulau Labuan - KK - Kundasang
Part 5 : Kundasang - Ranau

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






You May Also Like

2 comments

  1. Yahh.. org bintulu ktk.. selamat berkenalan sis qtyna. Best ohh sabah.. kmk first time juak ke sabah bulan 2 taun tok tek.. memaang akan repeat lagi ke sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yahh orang Bintulu, Selamat berkenalan juga...Sabah nang best, mun pegi seminggu baru dapat cover semua tempat...next time pegi sia mau cover area kota marudu, ari ya sempat cover tuk kundasang gan area ranau...Nang akan repeat juak pegi sis :)

      Delete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my