Hari Sukan Negara 2017 : Jom kita bersukan

by - 19:41



“Running is nothing more than a series of arguments between the part of your brain that wants to stop and the part that wants to keep going.”

— Unknown




Selamat Pagi semua..

Hari Sabtu lepas, aku berkesempatan untuk berlari 10km sempena Hari Sukan Negara. Sambutan Hari Sukan Negara di istiharkan minggu ke dua bulan Oktober setiap tahun dan merupakan insiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan . Selama tiga tahun berturut-turut aku ikut larian 10km.

Tahun ni, Cik Pandelela Rinong turun padang memberi sokongan Hari Sukan Negara di Bintulu tetapi malangnya tidak berkesempatan bertemu dengan beliau. Terdapat lebih 20 acara di adakan, larian 10km, acara berbasikal pada sebelah petang, Aerobathon dan yang menariknya ada cabutan bertuah, Motosikal Modenas MR1 bernilai Rm5,000. 

Siapa agaknya yang bertuah membawa balik motosikal tu? Sambil bersukan dapat lagi motosikal. 


Jom kita bersukan


Tarikh : 14.10.17 / Sabtu

Flag off : 0615 Pagi (Tapi flag off jam 0640)

Jarak : 10Km

Tempat : Dewan Suarah Bintulu, Bintulu

Yuran Penyertaan : RM20 (Early Bird) / RM25 (Normal Price)

Penganjur: Bintulu Triathlon Association dan Kementerian Belia Dan Sukan Bintulu




Mencari mood di awal pagi


Jom kita bergambar


Jom panaskan 'enjin' sebelum berlari


Garisan permulaan dan penamat


Baru 8km, ada 2km lagi tu


Medal dan beberapa makanan dan minuman di berikan selepas menghabiskan larian



Tahun ni special sebab ada Air Milo sedap


Jum kita minum Extra Power Root


Ada gerai 100 Plus 


Semua orang gembira selepas mendapat medal, posing jangan tak posing

okay, bye



You May Also Like

8 comments

  1. Sedap air milo lori tu, rasanya tak sama dalam tin kalau kita beli kat kedai.. kenapa ye? Apapun aktiviti sihat kalau join larian ni.. selain dapat kenal kawan2 baru kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa btol..Air milo lori tu memang sedap, memang bberapa kali beratur semata-mata nak minum milo tu..Sedap lagi dari kita beli kat kedai kan...Aktiviti sihat badan pon sihat kalau join aktiviti macam ni

      Delete
  2. Miss Tins active sungguh, sempat participated dalam larian.. Bagus activity begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai I Am Lz...Yaa sempat menyempatkan diri..Aktiviti sihat kan badan ni...

      Delete
  3. Wah! happeningnnya.
    Mrs. A pun suka aktiviti macam ni...
    Oh! time HSN ni macam-macam aktiviti sukan adakan....
    Mrs. A berbowling join company event

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Happening...Macam2 acara ada bila HSN tiba..Wah main bowling pon best juga tapi saya tak pandai sangat asyik masuk longkang ja bola bowling tu hihi

      Delete
  4. Hebat... Tahniah sis..
    Aktiviti yang bagus dan menyihatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa aktiviti bagus dan sihat...Sis boleh join juga aktiviti ni, setiap tahun ada kat semua negeri,tarikh yang sama...

      Delete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my