Indochina Day 1 & 2 : Flight Retimed dan Kiosk Imigresen KLIA

by - 21:14

“The journey of a thousand miles begins with a single step.” 
― Lao Tzu

Ruang udara Vietnam


15.12.2017 (Jumaat)

Setelah selesai urusan permohonan cuti aku di luluskan bos, baru aku menarik nafas lega dapat travel dengan senang hati. Malah aku sempat membeli insurans secara online dengan Axa.com.my petang aku nak bertolak ke Kuala Lumpur.

Perjalanan ke Kuala Lumpur dari Bintulu mengambil masa 2 jam 15 minit. Sepanjang perjalanan aku hanya tidur mungkin letih bergegas dari pejabat ke rumah dan seterusnya ke Lapangan Terbang. Mak aku pula sempat berpesan beg simpan elok-elok, jaga perangai di tempat orang dan jangan lupa bawa buah terung iban untuk adik kesayangan nya nanti.


Sekitar jam 11 lebih akhir sampai di KLIA2 aku dan amoi bergegas ke tempat membeli tiket bas ke KL Sentral. Akhir dekat 2 pagi baru sampai di rumah uncle aku selepas naik Grab dari KL Sentral. Penat? Ya, agak penat maklumlah balik dari bekerja terus bergegas ke Lapangan Terbang. Nasib barang-barang aku dah siap packing beberapa hari sebelum bertolak tu pon aku tertinggal sweater di atas katil aku, nampaknya aku terpaksa beli sweater baru nanti. Aku cuba untuk melelapkan mata tetapi tak dapat selepas mendapat mesej dari Malindo Air , flight ke Ho Chi minh kena Retime semula ke jam lima petang. Sedikit sebanyak terdapat perancangan terpaksa di ubah di saat terakhir selepas flight kena retime.



Buah tangan mak aku untuk adik kesayangan nya, berat juga tetapi gambar tu aku cedok dari Internet. Masak asam pedas dengan ikan sedap ni


16.12.2017 (Sabtu)


Mengisi perut dulu sebelum ke Airport

Sebelum ke KLIA, aku dan amoi berjalan-jalan sekitar KL Sentral sahaja untuk membuang masa yang ada. Memandangkan flight jam 5 petang, jam dua baru kami berdua bertolak dari KL Sentral menaiki bas.

Sebaik sahaja sampai di KLIA, kami terus check-in beg dan menukar duit di Maybank, RM850 kepada USD. Aku dapat lebih kurang USD194, kalau tak cukup aku dapat ambil di mesin ATM CIMB berdekatan di Kemboja atau di Thailand. Aku kira-kira duit ini dapat bertahan sehingga ke Thailand memandangkan hotel dan tiket bas telah pon aku bayar online.

Flight Malindo Air ke Ho Chi Minh plak aku beli beberapa minggu sebelum bertolak siap bagi 25kg lagi untuk bagasi.


Kiosk Imigresen di KLIA

Setelah ke hulu ke hilir menyukat KLIA, tiba-tiba aku terpandang kiosk Imigresen. Bagi yang nak check status sebelum terbang ke luar negara bolehlah ke kiosk ni. Konon-konon nya saja nak check, paduhal dalam hati dah taw status macam mana , kan pembayaran PTPTN aku di potong melalui gaji tapi perasaan ingin tahu bagaimana kiosk ini berfungsi, aku pon mula mengodek. Mula-mula masukkan passport, lepas tu kita akan tahu status kita macam mana. Macam biasa status aku adalah "Tiada Halangan"

Sampai pula giliran amoi, tiba-tiba di skrin " Sila rujuk kepada Pejabat Imigresen berdekatan". Bila baca ja screen kiosk, rasa cuak pon ada sebab Amoi dah habis bayar PTPTN. Nak cakap hutang lain tak da pula, siap amoi suruh aku travel sorang-sorang lagi. Lepas tu aku bagitaw "kalau pergi biar sama-sama pergi, kalau tak lepas imigresen kita pergi ronda-ronda habis Semenanjung Malaysia sementara tunggu flight balik ke Sarawak pada 2.2.2018 sebagai backup plan. Dah la hari sabtu, mana pejabat Imigresen ada buka.

Dengan perasaan cuak yang menebal dah la flight kena retime , aku dan amoi masuk ke Balai Berlepas. Sebaik sahaja sampai bahagian Imigresen, aku suruh amoi pergi dulu kalau amoi tak dapat lepas, sama-sama tak naik flight ke Ho Chi Minh petang tu. Mungkin bernasib baik atau kiosk itu nak mempermainkan perasaan kami, amoi lepas bahagian Imigresen. Masa tu terfikir mungkin kiosk itu tidak update data dan hampir-hampir kami berdua tidak naik flight petang tu kalau betul maklumat kiosk tu.


Pass masuk dan passport


Flight Malindo Air ke Ho Chi Minh


Pemandangan dari luar tingkap


Hiburan sehingga sampai ke destinasi


Menu petang tu, air blackcurrant


Perjalanan ke Ho Chi Minh mengambil masa 2 jam. Dekat jam 7 malam, akhir sampai di Ho Chi Minh. Pertama kali menjejak kaki ke vietnam rasa teruja pon ada selepas kejadian di KLIA hampir-hampir tidak dapat menjejak kaki ke sini. 

Selepas lepas Imigresen Vietnam, aku terus menukar duit USD ke Dong di Kaunter pertukaran mata wang asing berdekatan dengan kaunter Imigresen  sebelum mengambil beg di tingkat bawah. Selepas urusan pertukaran duit dan beg, aku dan amoi ke luar. Untuk ke Ben Thanh, kita perlu mencari bas warna biru bernombor 152, harga tambang adalah 5,000 Dong lebih kurang RM1 duit kita. Tempat bas ni agak jauh, kena berjalan kaki sedikit keluar baru jumpa bas ni.

Selepas berpusing-pusing entah berapa kali round bas tu bawa, tiba-tiba konduktor bas tu suruh kitaorang keluar. Dah sampai destinasi kata nya, lepas tu satu bas tunjuk arah ke Ben Thanh. Rupanya ada jalan sedang dalam pembinaan, patut la tak nampak bulatan tu. Bagus plak diorang ni,siap tolong tunjuk arah.


Keadaan dalam bas 


Tambang Bas 5,000 Dong


Keadaan di Ben Thanh

Berjalan kaki dari Ben Thanh ke Hotel mengambil masa lebih kurang 25 minit. Sambil berjalan menikmati suasana malam di Vietnam , sekali sekala kena hon dengan motosikal di sebabkan ruang pejalan kaki pon dia orang lalu juga. Beberapa kali lalu gerai makanan di kaki jalan , dengan meja dan kerusi nya yang agak mencecah lantai, ala-ala kerusi budak kecik menulis tu.

Tiba-tiba ada gerai makanan yang menarik perhatian kami, makanan pon nampak sedap. Kakak gerai tu terus mempelawa kami untuk makan tetapi dalam bahasa Vietnam.

Agak sukar berkomunikasi dengan orang vietnam sebab diorang kurang fasih berbahasa inggeris. Akhirnya kakak manis tadi berkomunikasi menggunakan bahasa syarat dan duit. Untuk setiap hidangan, kakak tadi tunjuk berapa duit kertas setaraf dengan makanan yang kita hendak makan. Dengan berlauk bermacam-macam tu siap ada sup , aku dan amoi di kenakan VND40k seorang. Kalau di tukar duit kita lebih kurang RM7 macam tu.

Hujan mula turun renyai-renyai membuatkan kami terus berada di gerai sehingga hujan reda.Dekat jam 11 baru kami check hotel. Berputar belit juga cari hotel yang agak tersembunyi di sebalik lorong-lorong. Aku memilih untuk menginap di Hotel Phuong Huong adalah di sebabkan lokasi nya berdekatan dengan Stesen Keretapi tambahan pula ke-esokan hari nya kami terpaksa bangun awal untuk mengejar train seawal 6 pagi ke Mui Ne.

Malam tu, tiada perancangan untuk aktiviti apa-apa. Kalau flight tak retime mungkin dapat pergi berjalan-jalan. Hari dah larut malam dan sebaik sahaja melabuhkan diri ke katil, aku terus lena di ulit mimpi,mungkin penat berjalan jauh.


Makanan berharga 80K Dong untuk dua orang -  Tidak halal


Kakak yang murah dengan senyuman


Jiran sebelah, meja dia comel-comel jaa


Meow Vietnam sebijik macam kaler Cimeng aku kat Rumah



Signboard Hotel Phuong Hoang


Pintu Masuk, bawah tu tempat letak kereta, motosikal dan basikal


Keadaan bilik kita orang


Semua benda di sediakan


Yang penting, toilet di bersih


Ringkasan Perbelanjaan

Hari pertama : 

Flight AA Bintulu - Kuala Lumpur : RM164.00
Bas (KLIA2 - KL Sentral) : RM11.00
Grab (KL Sentral - Ampang ) : RM16.00 / bahagi dua : RM8.00

Total hangus : RM183.00

Hari ke- dua :

LRT (Ampang - Hang Tuah) : RM2.90
Monorail (Hang Tuah - KL Sentral) : RM1.60
Makan-makan : RM10.00
Bas (KL Sentral - KLIA) : RM11
Flight Malindo Airlines Kuala Lumpur - Ho Chi Minh, Vietnam : RM198.00

Bas (Lapangan Terbang HCM - Ban tenh ) : 5,000 Dong - lebih kurang RM1
Makan (Street Food) : Vnd40,000 - lebih kurang RM7
Air Mineral (botol besar) : Vnd20,000 - lebih kurang RM3.50
Baju hujan : Vnd10,000 - lebih kurang Rm1.80
Hotel Phuong Hoang : RM30.98 Bahagi dua orang : RM15.49

Total Hangus : RM252.29

Total Keseluruhan : RM435.29









You May Also Like

4 comments

  1. nnti bole refer sini, nk pegi vietnam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sis Miyoko, boleh refer mana-mana yang rasa patut refer :)

      Delete
  2. Bila dah retime tu confirm akan ganggu itinerary kita kan. Kak ana pernah naik malindo retime sampai 3 kali. Last2 masa drag sampai 2-3 jam. Byk aktiviti pertama tu kacau hbs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis Ana, betul tu sis,dh kena retime macam tu memang ganggu itinerary...Yang retime 3 kali tu lagi laa, memang sakit hati kan..Dah kacau aktiviti yang kita rancang

      Delete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my