kek sarang semut kukus

by - 04:07


Kek sarang semut kukus, kek pertama aku belajar buat dulu.  

Bahan A

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu makan mentega

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu pekat (tin kecil)
5 biji telur
1 sudu makan esen vanila
2 sudu makan baking powder

Bahan A
1. Masak gula sampai perang dengan api kecil sehingga larut.
2. Masukkan air panas dan mentega.
3. Biar sejuk baru masuk dalam bahan B nanti.

Bahan B
1. Asingkan telur putih dan telur kuning.
2. Pukul telur putih sampai kembang baru masuk telur kuning. ( Tapi kalau malas, nak cepat pukul telur putih dan kuning sekali gus pon dapat)
3. Masukkan essen vanila dan susu.
4. Bila dah sebati, masukkan bahan B tadi.
5. Letak baking powder ke dalam tepung gandum tadi sebelum campur ke dalam adunan cecair tadi.
6. Masukkan tepung sikit demi sikit ke dalam adunan cecair. Kalau cair sangat masukkan lagi tepung. 
7. Biarkan beberapa jam, biasa buat adunan ni tengahari, malam dah boleh kukus. Kunun-kununnya mau bagi bersarang macam sarang semut. hahahaha
8. Kukus sehingga masak. Cucuk bahagian tengah kek bila dah tak lekat cecair tu maksud nya dah masak lah tu dan sedia di makan tapi tunggu sampai sejuk baru boleh di potong. 

k bye

You May Also Like

0 comments


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my