Trip ke Gua Niah, Miri

by - 06:42

Ini adalah entry #Throwback .


Penerangan ringkas berkenaan Gua Niah Sebelum kami meneruskan perjalanan



Perjalanan ke Gua Niah dari Pusat bandar Miri mengambil masa 2 jam lebih kurang 120km manakala kalau bertolak dari Bintulu lebih kurang 2 jam setengah jarak lebih kurang 131km. Gua Niah adalah sebuah Gua terbesar di Malaysia. Perjalanan kami bermula dari Pusat bandar Miri.





Gua Niah Aku Datang




Sekeping tiket brharga RM10.00


Benda pertama bila sampai di sana adalah membeli tiket masuk berharga RM10 untuk seorang dan seterusnya mengisi buku pendaftaran . Kalau hilang tu pandai-pandai la diorang cari nanti tapi takkan hilang punya sebab trek ke Gua Niah memang teratur dan ada signboard di mana- mana.


Aku dan beg hitam aku 



Perahu tambang untuk ke seberang


Destinasi kita, ke seberang sungai


Untuk ke seberang sungai, terdapat perahu cuma perlu membuat bayaran sebanyak RM1 kepada uncle penambang.  Berdekatan dengan jeti, terdapat Muzium Arkeologi Gua Niah. Aku menyimpan niat untuk singgah muzium ni sebaik sahaja abis menerokai Gua Niah. Aku memang suka dengan Muzium dan nilai seni sejarah.


Setiap papan di sertakan sekali setiap jarak trail



Jangan buang sampah sebarangan



Pokok tumbang 


Ulat Gonggok pon mengalu-alukan kedatangan aku :p


Untuk ke Gua Niah, kita cuma perlu meniti trek dan titi kayu yang di sediakan. Sepanjang perjalanan memang redup dan berasa aman damai dengan alam semulajadi yang belum di terokai. Di tengah-tengah perjalanan, terdapat beberapa orang wanita berbangsa iban menjual hasil kraf tangan dan air minuman. Jadi jangan takut sekiranya terserempak dengan orang berjual air minuman di tengah hutan,itu bukan bunian hahahha....


Sejarah Gua Niah



Bukti yang masih ada sehingga kini



Tinggalan kayu masih tersergam megah


Setelah sekian lama berjalan dan menikmati alam semulajadi, gua pertama kita jumpa adalah gua Dagang. Di namakan Gua Dagang berikutan penempatan para pedagang yang membuat pondok untuk menjual sarang burung layang-layang. Buktinya masih kekal sehingga kini.



Gua Dagang



Mini stalakti dan stalagmit


Untuk memasuki Gua Dagang ini kita perlu memanjat tangga. Jangan risau, tak tinggi pon hahahaha tapi semput ada lah hahaha...

Gua seterusnya adalah Great cave atau lebih di kenali sebagai Lobang Kuala. Saiz gua ini sangat- sangat besar.



Gambar ni selalu jumpa kat buku teks sejarah masa sekolah menengah dulu




Tapak Arkeologi yang di pisah kan dengan pagar




Tapak arkeologi yang masih terpelihara sehingga kini




Aku cuba menikmati keindahan gua, inilah tangga-tangga bakal di naiki nanti



Berdekatan dengan pintu gua ini terdapat tapak arkeologi yang berpagar rapi dan terdapat rumah yang di katakan tempat tinggal pakar arkeologi yang menjalankan kajian di tapak arkeologi tersebut. Boleh lah rehat sebentar di pondok tersebut sebelum menerokai gua- gua seterusnya.



Dari pandangan dalam

Melihat jauh kedalam gua, terdapat tangga-tangga kecil yang saling berhubung di antara satu sama lain untuk ke gua-gua seterusnya. Siling gua bukan sekadar stalakti dan stalagmit wujud tapi terdapat kayu-kayu dan tali yang tergantung di siling gua untuk memgutip sarang burung layang-layang. Setiap lantai kita pijak penuh dengan najis burung-burung yang telah menjadi keras dan terbentuk seakan-akan sebati dengan lantai gua.

Seterusnya, kita akan ke Bukit Terayeng dengan menaiki tangga di depan mata. Makin lama makin gelap bila masuk ke dalam gua. Tangga makin mencuram turun ke bawah, hati-hati semasa menuruni tangga.



Cahaya dari atas


Makin masuk ke dalam, kita akan menemui kawasan yang di namakan padang. Kalau melihat keadaan macam ni, di fikiran trbayang aksi tv di seolah- olah baru menemui cahaya dari syurga hahaha....

Seterusnya, adalah gan kira. Terdapat pondok di sediakan untuk berehat setelah penat berjalan. Berikutnya adalah painting cave. Amat mengecewakan bila terpaksa melihat dari jauh lukisan purba itu berikutan di pagar.



Di larang masuk ok!!




Ini lah makluk-makluk yang tak reti bahasa, mencemar dinding-dinding gua dengan kenangan konon-kononnya.



Setelah berehat sebentar,baru kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke jeti memggunakan trek yang sama. Seperti di janjikan, sebelum menyeberangi sungai ke seberang untuk ke pejabat pendaftaran, masa untuk menerokai Muzium Arkeologi Gua Niah. Dalam Muzium Arkeologi ni, banyak lagi info yang aku dapat pasal gua niah. Aku tak ambik pon gambar-gambar kat Muzium Arkeologi ni, sebab dah penat sangat-sangat dah.

Tip-tip semasa di Gua Niah

1.Sarung tangan : Masa nak turun tangga tu, mesti pegang tangga kan jadi kalau tak nak terkena tahi kelawar atau tahi burung, sila pakai sarung tangan.
2. Lampu picit atau headlamp : Dalam gua tu sangat-sangat gelap, kalau tak nak tersadung , sila bawa lampu picit okay.
3. Air minuman : sila bawa, perjalanan jauh berjalan,jangan sampai terhidrat.
4.Chalet ada di sediakan berdekatan, tidak jauh dari Pejabat Pendaftaran.
5.Kasut yang sesuai : Trek ke gua niah sangat-sangat jauh dan ada tempat yang dah berlumut dan licin, sila pakai kasut yang selesa. Jangan pakai selepar.
6.Pakaian sesuai : Pakai pakaian sesuai untuk trekking, jangan tiru macam saya pakai jeans hahaha
7. Sila isi buku pendaftaran, update bila keluar dan masuk .Senang staff nak pantau kalau ko orang sesat ke?
8.Jangan sekali-kali menconteng dinding gua. Banyak aku jumpa, orang meninggalkan tanda masing-masing, bidin is here laa, i love this journey laa, benda tu tak lucu semata-mata nak tinggalkan kenangan.

ok,
bye


































You May Also Like

0 comments


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my