Trip mendaki ke Gunung Serapi, Kuching

by - 01:46

Ini adalah entry #Throwback 14.5.2017




Mercu pintu masuk ke Gunung Serapi



Perjalanan ke Gunung Serapi mengambil masa selama 40 minit dari pusat bandaraya Kuching. Kali ini, bersama dengan kawan-kawan se-opis menerokai Gunung Serapi. Taman Negara ini di uruskan Jabatan Perhutanan Sarawak.




Yuran masuk di kenakan adalah Rm10 untuk dewasa dan kanak-kanak di kenakan Rm5. Puncak Gunung Serapi adalah 2,600 kaki dari paras laut.

Sebelum memulakan aktiviti memanjat gunung Serapi ini, terlebih dahulu buat warming up untuk mengelakkan kekejangan otot. Bawa bekal air secukupnya. Trek ke Gunung Serapi ini semua nya bertar seperti jalan raya. Kadang-kadang terdapat kenderaan lalu dan kita perlu memberi laluan memandangkan jalan yang sedia ada agak sempit.




Pondok khidmat Pelanggan





Tidak jauh daripada Pondok Khidmat Pelanggan




Denda Rm5,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya




Ini adalah trail Berlian




Sepanjang perjalanan ini, di ingatkan tiada tandas di sediakan




Boleh rehat di pondok sekiranya dah letih




Amaran keras!!!
Adalah menjadi kesalahan jika anda menulis dan mengukir nama di pondok ini






Hampir menuju puncak, perjalanan masih jauh lagi ni







Sebaik sahaja bertemu dengan rumah ni, pergi ke arah laluan kanan.




Tidak jauh dari rumah yang kita jumpa tadi, kita akan bertemu dengan signboard yang ada tanda amaran ini.




Amaran keras !! Jangan melalui kawasan ini semasa skyline beroperasi




Pemandangan yang mendamaikan




Tower ini di bina pada tahun 1997 yang di perbuat daripada kayu berlian




Untuk menaiki tower ini, hanya 6 orang sahaja yang dapat naik dalam satu-satu masa.




Ni spesis tak dengar cakap ni


Tip-Tip menaiki Gunung Serapi:

1. Dari Pusat bandaraya Kuching, boleh menaiki bas City Public Link bernombor K21
2. Gunakan kasut yang sesuai, kalau jenis rock tu pakai selepar pon takpa sebab sepanjang jalan adalah bertar.
3.Warming up terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan kalau tak nak kekejangan otot.
4.Bawa air secukupnya sebab tak ada gerai menjual air sepanjang perjalanan.
5..Tolong jangan vandalisma atau menconteng mana-mana tempat, awal-awal dah ada warning tapi ada juga orang yang jenis tak dengar cakap.
6. Tandas ada di sediakan tidak jauh dari Pondok Khidmat Pelanggan tetapi sepanjang perjalanan ke Gunung Serapi tiada tandas di sediakan.
7. Jangan mudah putus asa, mungkin ada yang akan menyesal macam aku sebab trek ni sangat-sangat panjang. Asyik sebut bila nak sampai, bila nak sampai tapi bila jumpa pondok rasa gembira sebab dapat rehat. DAN last-last berjaya juga aku ke puncak.


okay,
bye

You May Also Like

0 comments