Jewel Run : 21km Half Marathon

by - 00:00




Medal dan Finisher Tee


Hai semua...

Agak lambat juga untuk aku menaip entry ni. Bulan lepas aku ada ikut larian 21km, kiranya larian pertama aku untuk tahun 2018 tanpa training. Benda paling gila penah aku buat berlari tanpa training seolah-olah menempah maut tapi habis juga aku berlari, masa larian jangan sebut memang ke laut. Banyak event larian selalu aku join tahun-tahun sebelum ini aku tidak dapat ikut. Jiwa kacau, alasan eh sebenarnya malas nak lari sebab tak training haha kantoi...

Ni kali ke dua aku ikut Jewel Run ni, sebelum ni ambil 10km sebab masa tu cuma ada 5km dan 10km ja. Tapi kali ni excited sikit sebab dapat cabutan bertuah, dapat Beg Nike dan dah la Goody bag dia macam-macam benda dia bagi.

Pernah seketika dulu, pertama kali aku mula-mula berjinak ikut larian. Larian pertama aku ambik 10km, kaki memang krem jangan cakap tapi yang sakit hatinya kena tipu dengan penganjur, tiada finisher medal. Sampai sekarang bila ingat, gila dan berani mati pertama kali join larian terus ambik 10km dah kena tipu dengan penganjur. Adoiyai



Setiap peserta boleh cari nama masing-masing di sini. Kecil tulisan tapi jumpa juga nama saya.


Sini kita cek sama ada bib kita bertuah atau tidak. Ada nampak no saya? hihi


Di sini kita tebus cabutan bertuah sekiranya no bib kita tu bertuah ke tak? No Bib saya bertuah sikit hari tu, terima kasih bagi No Bib bertuah.


Cabutan bertuah saya dapat ni. 


Secara keseluruhan, aku berharap sangat Jewel Run ini di teruskan sampai bila-bila setiap tahun. Penganjur memang terbaik lah, dari segi kemudahan untuk peserta,  Terima kasih penganjur, tahun depan kita jumpa lagi.

k, bye






You May Also Like

4 comments

  1. Tahniah kerana berjaya habiskan larian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Payah juga menghabiskan tu, tanpa latihan semuaa

      Delete
  2. Alhamdulillah.. menang no bertuah lagi..rezeki tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jarang bertuah ni,rezeki saya hari tu...

      Delete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my