Cuti-cuti terakhir tahun 2018, selamat tinggal 2018

by - 01:04



Stesen Hua Lamphong, Bangkok Thailand



Selamat Petang Semua, Silence reader

dan

sewaktu dengan nya.


Dah hujung tahun macam ni, mesti dah ada plan nak habis kan cuti kan. Habiskan cuti di rumah ka atau jejalan dengan kawan-kawan pon best juga kan. Kali ni, aku habiskan cuti ke Thailand lagi.

Kenapa Thailand? Sebab Thailand senang nak berjalan, kalau yang suka jenis Food Hunting tu, memang sesuai lah, sebab banyak makan best-best boleh di cuba.


Pulut manga ni wajib cuba bila pergi ke Thailand



Train Thailand, suasana semasa siang hari bila malam menjelma akan bertukar menjadi katil


Aku jenis suka sangat naik train, mana-mana tempat mesti nak cuba, bagi yang nak cuba pengalaman overnight train tu boleh lah cuba dari Hat yai Ke Bangkok. Memang selesa.

Dulu-dulu, boleh ambik overnight Train dari KL Sentral ke Hat Yai tapi sekarang dah di hentikan perkhidmatan train ni, nasib sempat juga merasa naik train ni. Overnight train ni, siang nya dalam bentuk kerusi dan bila malam akan berubah menjadi katil, boleh baring-baring selesa lagi siap ada bantal selimut.



Tempat wajib pergi bila ke Bangkok tetapi hanya di buka Hujung Minggu sahaja

Ada orang suka travel sorang-sorang, dan juga berteman. Bagi aku, travel solo atau berteman ni ada pro dan cons. Sebab dua-dua aku penah aku rasa. Kalau travel solo, semua benda kena planning sendiri, berjalan sendiri, naik flight sorang-sorang, makan sorang-sorang , semua benda kena remind sendiri. Syukur kalau ada stranger jadi kawan, ada juga peneman sepanjang perjalanan.

Travel dengan kawan-kawan pon best tapi yang tak best nya bila kepala tak sama, semua kena ikut kepala dia dan kita kena jaga hati dia, last-last jadi trip neraka sebab banyak sangat jaga hati orang hati sendiri menanah berdarah ishh.

Tapi setakat ni, kawan travel aku memang best dan memang sekepala.  Syukur aku dapat kawan travel yang sekepala, sanggup susah senang sama-sama. Travel sorang atau berteman, yang penting trip yang kita buat menjadi memori terindah dalam kehidupan kita, bila lagi nak travel kan. Dan kalau tak nak trip jadi trip neraka, pandai-pandai lah cari kawan travel sekepala. Kita pergi travel nak menikmati sisa sisa kehidupan yang ada, bukan makan hati sepanjang masa sebab nak jaga hati kawan-kawan.


Owner gerai menjadi kawan. Kami dapat air free dan kawan. Kalau berkunjung ke Chatuchak, sila ke gerai dua orang adik beradik ni. Barang dia murah-murah.


Anywhere, selamat menghabiskan cuti hujung tahun. Jaga diri .


You May Also Like

1 comments


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my