Bintulu : Berbuka Puasa di Promenade Hotel
Hotel Promenade terletak di Medan Jaya berdepan dengan CIMB Bank. Sempena bulan puasa, Hotel Promenade mengadakan promosi berbuka puasa. Untuk dewasa RM68.00 (harga sebenar adalah RM78.00) dan kanak-kanak berharga RM45.00.
Terletak di Medan Jaya
Makaroni + kepah + rendang daging = Yummy
Satey Ayam dan daging
Kambing Panggang + sos lada hitam
Menu ni boleh di dapati luar pintu masuk hotel. Sebelum masuk ke hotel sila jenguk-jenguk gerai pangang-memanggang di luar. Banyak lagi pilihan yang ada.
Pencuci mulut
Pelbagai menu tempatan seperti sate ayam/daging, ayam panggang, umai ikan dan pelbagai makanan termasuk pencuci mulut seperti ABC yang menyelerakan untuk berbuka puasa.
Secara keseluruhan, makanan untuk berbuka puasa di Hotel Promenade memang berbaloi dan banyak pilihan. Terima kasih kepada yang menjemput berbuka puasa semalam :)
k bye
0 comments
"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"