Thailand : Hari kedua
by
Mi
- 20:05
29.3.2016 Selasa
Hari kedua
Menjelang jam 1215 tengah malam, Train Express Penisular bernombor 20, yang di tunggu- tunggu akhirnya sampai. Tiket train dari Kl Sentral ke Hatyai ni aku beli online.
***nota : perkhidmatan train ktm dari KL sentral ke Hatyai telah di hentikan pada 24 Jun 2016 dan di gantikan dengan Perkhidmatan ETS ke Padang Besar..***
Untuk beli tiket train online, daftar dulu ke website ktm.com.my dan seterusnya buat pembelian, bila sampai tarikh nak guna tiket tu hanya perlu cetak e-tiket. Harga tiket adalah bergantung dengan tempat duduk yang kita pilih.
Macam tiket yang aku ambik ni, aku ambik jenis tempat duduk jenis katil. Katil atas dan katil bawah lain-lain harga juga.
Untuk tingkat atas berharga Rm54 manakala tingkat bawah berharga RM60. Kalau jenis seat yang tegak tak dapat adjust tu berharga RM48 tapi memang sakitlah badan berjam-jam tegak duduk.
Macam tiket yang aku ambik ni, aku ambik jenis tempat duduk jenis katil. Katil atas dan katil bawah lain-lain harga juga.
Untuk tingkat atas berharga Rm54 manakala tingkat bawah berharga RM60. Kalau jenis seat yang tegak tak dapat adjust tu berharga RM48 tapi memang sakitlah badan berjam-jam tegak duduk.
Tempat seat yang telah siap di pasang menjadi katil
Thailand : Hari pertama
by
Mi
- 01:02
Ini adalah entry #throwback masa backpacking ke thailand selama 8 hari dari Bintulu-Kuala Lumpur-Hatyai-Bangkok
28.3.2016 isnin
Hari Pertama :
Awal pagi dah bangun dan excited sebab mau travel. Dah penat baru balik dari Brunei, yang ni plan tak menjadi dan tidak terancang. 3 jam drive ke miri dari bintulu dan berapa jam di Brunei. Mungkin bukan rezeki tapi next entry la aku cerita kenapa plan ke brunei tu tak menjadi.
Kembali ke cerita tadi, sebelum ke airport singgah dulu ke pejabat untuk berkumpul dengan amoi. Maka kami dua sahaja hahaha ngada-ngada bha bak kata orang sarawak hihihi...bertolak ke airport bintulu, awal-awal dah check in online lepas tu pergi ke kaunter imigresen...oh ya, mana- mana flight keluar dari sarawak kena melalui kaunter imigresen.
Tiket ke KL beli semasa airasia tengah promo masa tahun 2015, Rm300 ulang alik dari Bintulu ke KL.
Kira-kira dua jam 15 minit sampai laaa di KLIA. Sepanjang perjalanan tido jak dan tak dapat sembang- sembang dengan amoi, tempat duduk tak sebelah menyebelah plak hahaha biarpun beli tiket sekali harung haiyaaaa ...
Maju Sarawak Run kini dan selamanya
by
Mi
- 06:26
2014, 2015, 2016
Aku mula ekot larian anjuran Maju Sarawak Run sejak tahun 2014. Sejak daari tu, tiap-tiap tahun aku ekot night run 5km Maju Sarawak Run.
Secara keseluruhan, event ni di anjurkan sangat-sangat best. Dah la da marshall berbasikal menjaga keselamatan setiap peserta.
Bagi orang yang mula berjinak-jinak dengan larian, bagus mulakan dengan 5km lepas tu baru upgrade diri ke 10km dan seterusnya.
k bye
Perancangan travel ke Empat negara
by
Mi
- 07:30
Rasa tidak sedap rasa
by
Mi
- 01:04
Entah kenapa hari ni tiba-tiba macam tidak sedap hati? Rasa macam sesuatu tidak kena, tapi apakah itu?