Kuching : Jom makan di Kedai Abg Chak
Jom makan di Kedai Abg Chak
Hari ni nak share kedai makan di Kuching. Masa pergi travel ke Kuching beberapa bulan lepas, kawan aku ajak pergi makan di Kedai Abg Chak. Kedai Abg Chak terletak di Jalan Haji Taha, Kuching. Lama tak berjumpa dengan kawan, sambil-sambil lepak bergosip pergi food hunting sekali kan.
Pelbagai menu ada, kalau nak makan makanan western pon ada, nasi goreng dabai ada, sup tulang pon ada. Pendek kata hampir semua ada. Harga pon boleh berpatutan, tidak begitu mahal. Masa menunggu makanan pon tidak lama. Kalau sesiapa pandai bermain dengan sape, boleh lah bermain sementara menunggu makanan tiba. Boleh asah bakat katakan, mana tahu boleh masuk Asia's Got Talent macam kumpulan Sada Borneo.
Jum kita layan makanan...nyamm
Pilih jangan tak pilih, pelbagai menu ada
Sementara tunggu makanan sampai, boleh la main sape sekejap
Air pilihan kami bertiga malam tu
Sup Tulang
Pecel lele ikan keli
Nampak sedap kan
Meatball cheese
Alamat :
Jalan Haji Taha,
93400 Kuching, Sarawak
Waktu beroperasi :
Isnin : 10am - 9pm
Selasa - Ahad : 5pm - 12am
No telefon :
017- 8011961
Facebook
k bye
14 comments
Wah..nampk sedap. Kalau ke kuching boleh try. Thanks share. Main sape tak pandai. Nyanyi boleh la. Hehe
ReplyDeleteSama lah kita sis, sama-sama tak pandai main sape..Memang sedap sis, harga pon murah...
DeleteConfident sikit bila ada Miss Tins share tempat makan di Kuching..
ReplyDeleteSebelum ni tak tahu mana makan best, asyik-asyik McD & KFC di town sampai muak.
By the way thanks for sharing Miss Tins ;-)
Hai sis...Tempat ni best sis, kira sedap gak sis...Pelbagai menu ada, boleh cuba bila datang Kuching nanti..
Deletenampak kemas dan selesa kedai ni. makanan pun nampak sedap semuanya especially pecel lele keli tu.
ReplyDeleteHi sis Ana, memang selesa kedai ni...Makanan memang sedap,boleh cuba bila turun Kuching nanti..
Deletethanks for sharing.. kalau ada rezeki ke kuching, bolehla saya singgah kedai ni
ReplyDeleteHi sis, kalau ada rezeki pegi Kuching boleh lah singgah sis... :)
DeleteBagus entry ni... Jadi guide bg yg jenjalan ke Sarawak.. Sbb depa kata kat sana susah nak cari makanan yg sedap..
ReplyDeleteHai sis Maria, Kat Kuching banyak makanan sedap..Janji rajin explore ja... :)
DeleteAdoilah.. Mengancam sungguh menunya..
ReplyDeleteYa sis, mengancam menu nya, kalau boleh nak cuba semua menu tu
Deletenampak sedap semua makanan tu
ReplyDeleteHi Sis Aryan, ya memang nampak sedap apatah lagi makan...boleh cuba makan kat sini
Delete"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"