Thailand : Hari pertama

by - 01:02

Ini adalah entry #throwback masa backpacking ke thailand selama 8 hari dari Bintulu-Kuala Lumpur-Hatyai-Bangkok


28.3.2016 isnin
Hari Pertama : 


Awal pagi dah bangun dan excited sebab mau travel. Dah penat baru balik dari Brunei, yang ni plan tak menjadi dan tidak terancang. 3 jam drive ke miri dari bintulu dan berapa jam di Brunei. Mungkin bukan rezeki tapi next entry la aku cerita kenapa plan ke brunei tu tak menjadi.

Kembali ke cerita tadi, sebelum ke airport singgah dulu ke pejabat untuk berkumpul dengan amoi. Maka kami dua sahaja hahaha ngada-ngada bha bak kata orang sarawak hihihi...bertolak ke airport bintulu, awal-awal dah check in online lepas tu pergi ke kaunter imigresen...oh ya, mana- mana flight keluar dari sarawak kena melalui kaunter imigresen. 

Tiket ke KL beli semasa airasia tengah promo masa tahun 2015, Rm300 ulang alik dari Bintulu ke KL.

Kira-kira dua jam 15 minit sampai laaa di KLIA. Sepanjang perjalanan tido jak dan tak dapat sembang- sembang dengan amoi, tempat duduk tak sebelah menyebelah plak hahaha biarpun beli tiket sekali harung haiyaaaa ...


Dalam perjalanan ke KL Sentral



Seterusnya beli tiket bas ke KL sentral. Nak budget pakai ja bas baru RM10 ja. Duit matawang Thaland awal-awal dah tukar kat Bintulu. Masa ni RM1 = 8.708Bhat

Memandangkan masih ada 6 jam sementara menunggu train KTM tengah malam, menyempat window shopping dan makan-makan. Beg di tinggalkan di loker di KL Sentral dengan bayaran RM10, kongsi dengan amoi jadi RM5 seorang.

Misi seterusnya untuk mengisi perut dan berjalan- jalan cuci mata.

Jam dah menunjukkan pukul 10 malam, masa untuk kemas diri dan bersedia untuk naik train. Di KL Sentral ada di sediakan bilik mandi tapi sayangnya tutup. Akhirnya mandi di tandas tingkat 2. Sepanjang hidup aku tidak pernah mandi di tandas awam begini siap ambik giliran dengan amoi jaga beg lepas tu sorang- sorang pergi mandi hahaha...

Untuk sambungan seterusnya akan bersambung hari kedua.

Summary perbelanjaan hari pertama

1. Tiket flight Bintulu - KL - Bintulu : RM300.00
2. Tiket bas KLIA - KL Sentral : RM10.00
3. Loker beg di KL Sentral : RM5.00
4. Makan-makan plus tiket ktm ronda2 ke midvalley: RM20.00






You May Also Like

0 comments


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my