Thailand : Hari kedua

by - 20:05

29.3.2016 Selasa
Hari kedua


Menjelang jam 1215 tengah malam, Train Express Penisular bernombor 20, yang di tunggu- tunggu akhirnya sampai. Tiket train dari Kl Sentral ke Hatyai ni aku beli online.

***nota : perkhidmatan train ktm dari KL sentral ke Hatyai telah di hentikan pada 24 Jun 2016 dan di gantikan dengan Perkhidmatan ETS ke Padang Besar..***


Untuk beli tiket train online, daftar dulu ke website ktm.com.my dan seterusnya buat pembelian, bila sampai tarikh nak guna tiket tu hanya perlu cetak e-tiket. Harga tiket adalah bergantung dengan tempat duduk yang kita pilih.

Macam tiket yang aku ambik ni, aku ambik jenis tempat duduk jenis katil. Katil atas dan katil bawah lain-lain harga juga.

Untuk tingkat atas berharga Rm54 manakala tingkat bawah berharga RM60. Kalau jenis seat yang tegak tak dapat adjust tu berharga RM48 tapi memang sakitlah badan berjam-jam tegak duduk.



Tempat seat yang telah siap di pasang menjadi katil



Bantal dan selimut di sediakan. Sepanjang perjalanan malam tu aku tido ja, penat berjalan masa siang hari. Tandas ada di setiap coach train, kalau lapar tu boleh pergi cafe,nak order tanpa pergi cafe pon boleh. Tapi sepanjang perjalanan ke Padang Besar aku tido ja simpan tenaga haha...


Setiap orang ada privacy masing-masing



Beg di hujung kaki


Menjelang pagi,kira-kira jam 9 pagi sampai la di Padang Besar. Bila sampai Padang Besar seterusnya bersiap sedia ke kaunter imigresen Malaysia dan Thailand.

Pastikan borang siap di isi dan sediakan passport untuk di cop. Kaunter imigresen Malaysia dan Thailand sebelah menyebelah ja,pastikan jangan gatal- gatal nak selfie bagai kat area imigresen ni, ada yang kena tangkap kang menangis tak dapat travel. Sebelum ke kaunter imigresen, pastikan dah isi borang kaler putih departure card, keratan salinan sila simpan untuk di serahkan bila keluar thailand nanti.



Passport telah siap di cop


Train berhenti selama sejam sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai. Untuk train ke thailand, kita tak perlu tukar train, train yang sama cuma kepala train dari thai di sambung ke coach yang kita naik tadi. Kalau lapar, ada cafe kat atas Pejabat Imigresen tu. 



Coach train dari Malaysia


 Sementara menunggu kepala train dari thailand di pasang, Sempat menemuduga uncle yang bekerja di Padang Besar. Begitu fasih bercakap bahasa melayu biarpun slang-slang thai. Minta tip- tip macam mana beli tiket, rupa-rupanya dapat beli tiket ke Bangkok kat Padang besar. Beli jenis katil ,jenuh wei kalau beli seat jenis tegak maunya patah belakang 20 jam dari Hatyai ke Bangkok...Harga katil atas atau upper berth 855bhat.


Kira-kira jam 10 pagi  train mula bertolak dari Padang Besar ke Hatyai. Bila jejak kaki ke Thailand, paling penting sila betulkan jam, thailand lewat sejam dari jam kita. Kang ada yang tertinggal train sebab masa tak betol hahaha.



Selamat datang ke Hatyai


Sampai di Hatyai, benda pertama sebelum terjah Hatyai sila pergi mandi hahaha...Ada tempat mandi awam berdekatan dengan stesen keretapi.



Terjah Hatyai buat pertama kali




Ronda-ronda 




Meal pertama aku di hatyai, Samurai pork burger
***nota : untuk kawan2 muslim sila elak makan di McD Thailand, tidak halal


Memandangkan train seterusnya bertolak dalam masa 6 jam , memang tak banyak tempat nak pergi.Sekadar ronda-ronda sekitar hatyai dan mengisi perut.



Tiket ke Bangkok dari Hatyai



 Katil Bawah aku


Menjelang jam 6 petang, train ke Bangkok pon sampai. Sepanjang perjalanan aku tido ja tapi sedap-sedap tido dalam 2.30 pagi tiba- tiba langsir tempat tido aku kena selak. Mat salleh ntah dari mana, bagitaw aku ambik katil dia. Dengan muka mamai aku bagitaw yang katil tu memang aku yang punya siap tunjuk tiket lagi. Bila tengok aku tunjuk tiket aku, Si mamat ni pon tunjuk dia punya tiket. Dari Surah Thani ke Bangkok dan nombor train dia lain dari no train yang aku tengah pakai masa tu. Rupanya dia salah naik train, sepatutnya dia naik train sejam selepas train yang aku naik ni. Muka dia nak nangis pon ada sebab salah naik train tapi nasib pekerja yang check tiket tu suruh ja dia pakai katil next depan katil aku.


menjelang dah nak smpai bangkok, katil mula di kemas menjadi kerusi



Menjelang tengah hari, kira-kira jam 1130 waktu thailand, sampai di Bangkok.

Nanti aku cerita next entry macam mana orang polos macam aku ni kena tipu dengan tuk tuk masa pertama kali jejak Bangkok hahaha...


Sedikit tip dari aku pasal menaiki train dari KL sentral sehingga lah dari Hatyai ke Bangkok yang berjam-jam ni.

1. Suhu sepanjang perjalanan sangat-sangat sejuk biarpun di beri bantal dan selimut, sila siap-siap pakai stokin.
2. Bawa sekali kudapan, kat dalam train memang ada menjual makanan tapi bila kena panjat katil tu rasanya malas nak turun naik berjalan. Sekurang-kurang nya dapat juga menguyah semasa dalam train tu.
3.Di Hatyai, ada perhidmatan menyimpan beg tapi aku selamba rock ja usung beg aku tu ke mana-mana beratnya sendiri yang tanggung hahaha.
4.Bila sampai di Hatyai, sila betulkan jam tangan anda. Thailand lewat sejam daripada waktu Malaysia.
5.Tandas ada di hadapan coach atau di belakang coach.
6.Dan yang paling penting, kalau betul-betul bertuah, di sesetengah tempat ada soket elektrik yang dapat di gunakan untuk caj handphone atau powerbank. Di ingatkan, soket di Thailand adalah tidak sama dengan soket di Malaysia. Sila beli international adapter.

Ringkasan Perbelanjaan Hari Kedua :

Tiket ktm on9 (KL Sentral - Hatyai jenis upper berth) : RM54.00
Tiket train (hatyai - bangkok jenis upper berth) : 855bhat = RM98.00
Makan (M'cd + perbelanjaan sampingan) : RM30.00

k Bye







You May Also Like

1 comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my