Short Trip ke Pulau Labuan (Part 2)
“Why do you go away? So that you can come back. So that you can see the place you came from with new eyes and extra colors. And the people there see you differently, too. Coming back to where you started is not the same as never leaving." - Terry Pratchett,A Hat full of Sky
***Part II***
***Part II***
Setelah mendapat kereta sewa, Perodua Viva dengan bayaran RM50 sehari, aku dan amoi mula menjelajah Pulau Labuan dengan menggunakan bantuan uncle Google memandangkan Applikasi Waze tidak dapat di gunakan masa itu. Aku ingat tab aku bermasalah tidak dapat kesan lokasi, handphone amoi pon sama juga. Antara tempat yang aku lawat di Labuan :-
1.Muzium Marin Labuan
Dalam Muzium ni terdapat hidupan marin di tempatkan di dalam akuarium. Sesiapa yang teringin nak pegang Tapak Sulaiman tu boleh la pegang masa mengunjungi Muzium ni. Di tingkat atas pula, terdapat rangka anak ikan paus berusia hampir 100 tahun.
Waktu Operasi : 8.30 Pagi - 5 Petang
Bayaran : Percuma
Inilah Muzium Marin Labuan
Macam finding nemo pulak
Tempat ini di luar bangunan ni
2.World War II Memorial Park.
World War II Memorial Park adalah tempat perkuburan tentera-tentera yang terkorban semasa serangan Jepun ke atas Borneo. Perkuburan ini menempatkan 1,788 tentera yang terkorban termasuklah tentera India dan Australia yang terbunuh semasa serangan Jepun ke atas Borneo.
Bayaran : Percuma
Gone but never forgotten
Menempatkan 1,788 tentera terkorban semasa serangan Jepun ke atas Borneo
Commonwelth War Graves Commission
Sejarah Perang Dunia Ke-2 yang mengorbankan banyak nyawa
3.Muzium Chimney dan Tunnel
Muzium Chimney mempamerkan sejarah awal perlombongan arang batu di Tanjung Kubong. Fungsi menara Chimney sehingga kini belum di kenal pasti fungsi walaupun banyak spekulasi tentangnya. Ada yang mengatakan fungsi Chimney adalah untuk cerobong asap, ada juga ianya rumah api tetapi sehingga kini masih belum pasti fungsi nya.Misteri sungguh.
Bayaran : Percuma
Muzium Chimney
Sejarah Chimney
Tunnel Chimney
4.Taman burung
Taman burung ini terletak berdekatan dengan Muzium Chimney. Ianya mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah. Semuanya berkisar tentang burung-burung, nama pon taman burung kan.
Bayaran : RM3.00 (Dewasa) / Percuma (Kanak-kanak bawah 6 tahun)
Pintu masuk Taman Burung Labuan
Burung Kakak Tua
5.Surrender Point Memorial
Surrender Point Memorial adalah tempat dimana tentera Jepun dengan rasminya menyerah kalah kepada tentera Australia. Bertentangan dengan Surrender Point Memorial adalah Taman Damai.
Bayaran : Percuma
Signboard Surrender Point Memorial
Tarikh rasmi Tentera Jepun menyerah kalah
Kempen Borneo 1945
6. Taman Damai atau Peace Park
Taman Damai ini terletak bersebelahan dengan Surrender Point Memorial. Pada 9 September 1945, tentera jepun secara rasminya menyerah Labuan kepada tentera Australia.
Bayaran : Percuma
Pintu masuk ke Taman Damai
Di bina oleh Kerajaan Jepun untuk mengingatkan mangsa-mangsa yang terkorban semasa Perang Dunia ke-dua
Peace is the best
7.Labuan United Nation Beach
Tersenarai dalam 15 pantai terbaik di Malaysia.
Bayaran : Percuma
Labuan United Nation 2008 Beach
8. Unknown place
Tempat ini secara kebetulan aku terjumpa semasa drive. Masih lagi dalam pembinaan tetapi bila sudah siap nanti mungkin menjadi salah satu tarikan pelancong di Labuan.
Teringat semasa kat Bangkok, Temple of Dragon
Aktiviti Malam Di labuan
Inilah aktiviti malam di Labuan. Kebanyakkan kedai akan mula tutup dari pukul 9 malam.
Jum pergi laundry, cuci pakaian beberapa hari tidak bercuci
Jum layan street food
Penat seharian memandu di Labuan, ada juga tempat aku tidak sempat cover misalnya Ujana Kewangan, Muzium Labuan, Taman Botani dan tempat lain.
Malam tu tido awal di sebabkan keesokkan pagi nya nak ke KK menggunakan feri dan destinasi seterusnya area Kundasang dan Ranau.
Summary perbelanjaan :
1.Yuran masuk - Taman Burung : RM3.00
2.Makan tengahari + malam : RM30
3.Coklat : RM40
Total hangus : RM73.00
k, bye
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kronologi Perjalanan :-
Part 1 : Kota Kinabalu
Part 2 : Kota Kinabalu - Pulau Labuan
Part 3 : Pulau Labuan
Part 5 : Kundasang - Ranau
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4 comments
sis, post pasal pegi bangkok tu takde sambungan ke?Btw saya akan ke Thailand bulan depan, boleh share itinerary tak? Sekali berapa budget cukup ke sana, tq
ReplyDeletehello Anonymous,
Deletesori tak perasan plak...U nak cover part mana kat thailand? Aritu saya cuma cover Hatyai dan Bangkok & budget dalam lebih kurang 600-700 kasar tak termasuk tiket flight... banyak gambar hilang sebab tu tak abis2 lagi entry tu...
Hi sis...boleh suggest hotel/motel yg dekat dengan tmpt2 yg menarik tu ka?
ReplyDeleteHai sis...Hari tu saya stay di SKY Global Hotel..Jarak dari tempat ke tempat2 tu jauh sis, kena sewa kereta tapi pusing Labuan tu, satu hari boleh abis pusing... :)
Delete"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"