Sabah : Dari Kota Kinabalu ke Kundasang

by - 05:15





"Wherever you go becomes a part of you somehow"



Part ii


Perjalanan Feri dari Pulau Labuan ke Kota Kinabalu mengambil masa 3 jam, akhirnya aku jejak kaki semula ke Jesselton Point setelah 24 jam di Pulau Labuan. Kepenatan mula berasa tetapi di sebabkan terlalu excited nak berjalan menerokai bumi bawah bayu ini segala penat aku cuba lupakan. 

Sejak dari hari sabtu lagi, aku tercari-cari tempat untuk menyewa kereta. Kebetulan pula,di atas keramahan pemandu uber pada sabtu lepas semasa di menaiki kereta beliau dari Lapangan Terbang KK, beliau begitu baik hati memberikan no telefon kawan beliau yang menjalankan perniagaan sewa kereta.

Last-last deal dengan owner kereta sewa En Amin, Akhirnya aku dan amoi mengambil keputusan untuk menyewa Perodua Myvi dengan bayaran sehari sebanyak RM130 dan sekiranya menghantar lewat sejam akan di kenakan bayaran Rm10 per sejam. 


**untuk tempahan kereta sewa di Kota Kinabalu  sila hubungi 

 En Shah 010-5665537**


Seperti di janjikan pekerja En Amin, En Syah menunggu di Jesselton Point untuk menghantar kereta seperti di janji kan. Myvi putih .

Menurut amoi, area di KK kesesakan lalu lintas boleh tahan sampai berjam-jam dan kali ni giliran amoi pulak drive , aku hanya duduk-duduk diam sambil menikmati keindahan bandar KK. 

Di Sepanggar, kami sempat berhenti untuk menikmati puding kelapa. Siapa-siapa yang datang ke KK mesti cuba Puding kelapa ni. Rasanya sangat segar dan sedap. Rasa nak lagi, nak lagi sebab sedap.






Puding kelapa yang femes di Sepanggar
Rugi siapa datang KK tak cuba Puding ni


Meja sebelah, makcik-makcik tengah bergosip sambil makan lokan dan Puding Kelapa


Kerepek Pedas ubi


Perjalanan di teruskan menuju Rumah Terbalik Sabah.

Rumah Terbalik Sabah terletak di sebelah kiri jalan semasa kita menuju ke Kundasang. Rumah Terbalik ini merupakan rumah pertama rumah terbalik di Malaysia, tapi kini dah banyak Rumah terbalik di bina di Malaysia. Rumah terbalik ini , merupakan rumah tradisional masyarakat kampung di Sabah. 

Sebelum memasuki rumah terbalik ini, terlebih dahulu kami menunggu guide yang akan membawa kami melawat di sekitar dalam rumah terbalik ini. Di ingatkan bahawa di larang sama sekali mengambil gambar di dalam rumah terbalik ini. 

Bersebelahan dengan Rumah Terbalik ini, terdapat 3D Wonder Museum, bagi yang suka bergambar bolehlah berkunjung ke Muzium ini tetapi aku tidak masuk ke Muzium ini memandangkan mengejar masa ke Kundasang di sebabkan dah lewat petang.


Syarat-syarat masuk ke Rumah Terbalik ini


Lokasi : Rumah Terbalik Sabah

Yuran masuk : RM10.60 

Waktu beroperasi : 830 - 6pm 

Di buka Setiap hari termasuk cuti umum



Kereta pon terbalik bah


Perjalanan di teruskan lagi. Sepanjang perjalanan aku tidur di sebabkan penat semasa di Labuan semalam dan hanya bangun apabila amoi bagitahu dah nak sampai Jambatan Tamparuli. Nanti termiss plak nak lihat Jambatan legend ni.

Menurut lagenda Orang sabah, Jambatan Tamparuli ini mempunyai kisah nya tersendiri dan sehingga tercipta lagu Jambatan Tamparuli ni dalam bahasa Dusun oleh John Lusah.

Menurut orang Sabah dari mulut ke mulut, di bawah jambatan ini terdapat plat besi terukir nama Solungkoi, kisah Sumandak yang menjadi mangsa korban semasa pembinaan Jambatan Tamparuli ini. Sehingga kini lebih 60 tahun, Jambatan Tamparuli masih tersergam megah di bumi Sabah ini.



Jalan ini cuma dapat lalu sebelah saja, kereta kat depan kena tunggu sehingga kereta di seberang habis lalu. 

p/s: abaikan hoodies aku kat dashboard tu


Jambatan Tamparuli
Ini lah Jambatan Tamparuli yang legend tu, di ulang legend k



Tamu di Tamparuli
Bersebelahan dengan Jambatan Tamparuli terdapat tamu tempat orang kampung berjual hasil tanaman mereka


No where signboard
Kemana kita ni? Masih jauh lagi bha perjalanan ini


Perjalanan di teruskan dan tidak lama kemudian destinasi seterusnya adalah Pekan Nabalu. Terdapat bermacam-macam gerai Kraftangan di sini , ada key chain yang berukiran dengan nama Sabah,  beg, baju dan makanan-makanan ringan buatan tempatan. 

Dan harga kraftangan sini agak murah dan dapat di tawar sekiranya membeli dalam kuantiti yang banyak. Bagi yang pertama kali datang, di alu-alukan membeli kraftangan sebagai simbolik dah jejak kaki ke Negeri Bawah Bayu ini tetapi aku tak beli pon hihihi

Sila singgah sekiranya dalam perjalanan ke Kundasang, rugi kalau tak singgah.



Gerai di Pekan Nabalu
Macam-macam di jual, aku beli buah jambu cecah dengan asamboi masam yang sedap :)


Perjalanan masih jauh


Masih di Pekan Nabalu
Pemandangan dari Pekan Nabalu


Sepanjang perjalanan ke Kundasang, jalan raya tidak begitu sesak dengan kenderaan. Agaknya sebab hari bekerja kot? Tapi ada juga sesekali lori membawa muatan banyak lalu. Destinasi seterusnya adalah Desa Cattle. 

Di sini, kita sendiri dapat melihat sendiri proses memerah dan memproses susu. Dan yang menariknya, kita dapat beli susu segar di sini, fresh dari ladang kata orang.Pemandangan ala-ala di New Zealand pon ada. Penat berdiri duduk plak ala-ala hindustan kat tv ambik gambar. Rugi lepaskan peluang ambik gambar sebab pemandangan kat sini memang sangat-sangat cantik.

Setelah penat melihat lembu dan suasana menghijau, bolehlah singgah ke kaunter yang menjual susu segar dan aiskrim yang sedap. Dan aku sempat beli beberapa kotak susu segar buat perjalanan seterusnya ke Ranau.



Lokasi : Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd

Yuran masuk : RM3 

Waktu beroperasi : 0800 - 1800 

Di buka Setiap hari termasuk cuti umum



Milk Processing Plant
Tempat memproses hasil susu lembu


Hijau yang mendamaikan
Ambik gambar banyak-banyak, posing ala-ala kat New Zealand sana


You're here, pandai bha lembu kat batu tu
Peta perjalanan di Desa Cattle


Masa untuk makan
Disini pengunjung berkesempatan untuk memberi anak lembu susu tetapi ada bayaran di kenakan. Sila buat pembayaran di kaunter



Muka kekenyangan
mooooo, kenyang bha asyik di beri minum susu ja dia


Susu kotak berperisa coklat 
Nah, susu perisa coklat. sedap bha susu perisa ni, fresh dari Ladang bha


Destinasi seterusnya adalah Kundasang War Memorial yang terletak tidak jauh dari Desa Dairy Farm tadi.

Kundasang War Memorial adalah tugu di bina untuk memperingatkan jasa-jasa askar British dan Australia yang terkorban semasa menjadi tahanan di Kem Tawanan Perang Sandakan. Menurut sejarah, lebih kurang 2,428 askar terkorban dan hanya enam askar terselamat. 

Yang menyedihkan, tawanan perang yang di tawan oleh Jepun ini di paksa berjalan kaki dari Sandakan ke Kundasang sejauh 300km. Bayangkan betapa seksanya tawanan perang ini, aku yang berlari ikut half maraton tu pon rasa nak mampus ja berlari ke garisan penamat, jangankan 300km macam ni.




Lokasi : Kundasang War memorial

Yuran masuk : RM2

Waktu beroperasi : 0830 - 1730 

Di buka Setiap hari termasuk cuti umum


Pintu masuk ke Kundasang War Memorial
Tertera berapa bayaran yang akan di kenakan


 Pool Garden
Rasa tenang


Pondok mengamit kenangan silam
Pondok ini menempatkan maklumat-maklumat berkenaan tahanan perang, sama ada gambar dan keratan akhbar


Keratan Akhbar
Sayu hati apabila membaca keratan akhbar tentang orang yang terkorban menjadi tahanan perang


English Garden
Gone but not forgotten , Barren but not broken


Australian Garden
Sejarah Tahanan Perang yang di paksa berjalan kaki berminggu-minggu dan ada yang terkorban semasa perjalanan dan hanya 6 orang sahaja yang terselamat


Australian Garden
Kami tidak mungkin dapat mewujudkan kembali mereka yang tersayang, dan ganjaran-ganjaran yang disampaikan oleh Kerajaan Australia tidak dimaksudkan sebagai penilaian daging, darah, kesengsaraan dan kedukaan. Kami percaya bahawa apa yang kami berikan akan diterima sebagai lambang peringatan bagi kesetiaan, keberanian dan kemurahan hati yang ditunjukkan oleh mereka yang memberi bantuan kepada tentera kami dan untuk mengenangkan ucapan yang harus kita ingat selalu, "Jangan sampai kita lupakan."- Major H.W.S. Jackson


Hari semakin larut petang, aku dan amoi mengambil keputusan untuk terus ke area Ranau. Memandangkan hotel yang di tempah online melalui agoda terletak di Ranau. Dan sebelum check in, terlebih dahulu aku dan amoi mengisi perut setelah penat dan lapar menguasai jiwa.



Kundasang
Pemandangan keadaaan muka bumi di Kundasang yang amat mendamaikan mata


Dari jalan Raya pula
Berhenti seketika di bahu jalan mengambil gambar pemandangan


Struktur muka bumi di Kundasang
Damai dan menghijau, tiada perkataan yang dapat mengambarkan betapa indahnya bumi sabah ini



Ranau kita bah
Siapa kah memegang teko misteri itu ish ish



Menu pilihan
Mee seafood, special nya mee Sabah diorang bilang


Bak Kut Teh meat ball (**Tidak halal**)
Besar-besar Meat ball ni



Tempat kami bermalam di Ranau, Lodge 88
Pekerja nya sangat ramah dan tempat menginapan ini sangat-sangat bersih dan selesa


Tip-tip perjalanan dari KK ke Kundasang sehinggalah Ranau

1.Sila bawa sweater atau hoodies, sebab sangat-sangat sejuk bila sampai Kundasang
2.Sewa kereta , senang nak gerak


Summary Perjalanan KK ke Kundasang sehinggalah Ranau

1. Minyak Kereta RM50 - Bagi dua RM25 Seorang
2.Kereta sewa (Myvi/OT) : RM130  - Bagi dua orang RM65 seorang
3. Yuran masuk Rumah terbalik - RM10.60
4.Yuran masuk Desa Cattle : RM3.00
5. Yuran masuk Kundasang War memorial : RM2
6.Makan-makan sepanjang perjalanan : RM30.00
7. Tempat Bermalam - Lodge 88 : RM78 - Bagi dua orang RM39.00

Total Hangus : RM174.60

okay, bye

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kronologi Perjalanan :-

Part 1 : Kota Kinabalu
Part 3 : Pulau Labuan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













You May Also Like

0 comments


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my