Kuala Lumpur : Cara Berjimat Ke KL Sentral dari KLIA/KLIA2 menggunakan KLIA Transit (ERL)
“All that is gold does not glitter,
Not all those who wander are lost.”
― J.R.R. Tolkien, The Fellowship of the Ring
Pemandangan dari atas Pesawat
Balik dari Sabah, kali ini destinasi aku adalah Kuala Lumpur. Kali ni aku naik Airasia pula,dengan slogan nya Now Everyone can Fly. Perjalanan ke Bintulu ke Kuala Lumpur mengambil masa dua jam 15 minit.
Selamat sampai di KLIA2
Sampai di KLIA2 aku terus ke kaunter tiket KLIA transit untuk beli tiket ERL terletak di Level 2. Untuk penjimatan sebanyak 10%, boleh lah membuat pembelian online atau di kiosk tiket ERL. Aku terus ke kaunter jadi tak dapat menikmati diskaun 10% tu.
Apa beza KLIA Transit dan KLIA Express? KLIA transit , train yang akan berhenti di beberapa station sebelum sampai ke KL Sentral station terakhir Manakala KLIA Express akan terus ke KL Sentral tanpa berhenti di mana-mana station.
Kalau nak di ikutkan menggunakan KLIA transit atau KLIA Express ke KL Sentral tetap RM55.00 tetapi aku ada cara murah untuk berjimat ke KL Sentral. Jangan tiru cara saya, sedangkan dapat naik bas terus dari KLIA2 ke KL Sentral baru RM11.00 , siap dapat tido sejam lagi dalam bas hahaha
** Tip nak berjimat menggunakan ERL dari KLIA2/KLIA ke KL Sentral **
Beli tiket ke Putrajaya/Cyberjaya Station, RM9.40. Sampai di Putrajaya/Cyberjaya station beli pula tiket ke KL Sentral RM14.00. Jadi jumlah keseluruhan tiket dari Cyberjaya/Putrajaya - KL Sentral adalah RM23.40 , dasar penjimatan adalah RM31.60 berbanding terus ke KL Sentral kena bayar RM55.
Ni bagi yang tak mengejar masa nak pergi mana-mana, nak santai-santai boleh lah amalkan benda ni. Tak faham? Refer kat jadual aku kat bawah tu.
Jadual tambang
Kaunter tiket
Platform A akan terus ke KL Sentral manakala Platform B akan berhenti di beberapa-beberapa station sebelum sampai di KL Sentral.
Di setiap atas pintu akan terpapar destinasi station berhenti, jangan risau takut turun salah station
Menunggu ketibaan train
Sampai di Bandar tasik selatan, aku terus beli tiket ke Stesen LRT Cahaya dan aku akan bertukar laluan ke Laluan Ampang di Chan Sow Lin. Aku akan tinggal dengan bapa saudara aku, adik kepada mak aku beberapa hari.
K,bye
2 comments
pengalaman dulu naik kat bandar tasik selatan..rm35 jgk kene..sbb nak cepat gunakan saja hihi
ReplyDeleteKalau banyak masa terluang boleh la buat cara tu hahaha tapi kalau kejar masa baik jangan Incik Belang Tarung, nanti tertinggal flight satu hal plak
Delete"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"