Sabah : The Art of Henna
"In your dreams, the whole universe is yours."
Gerai Sumandak "The Art of Henna"
Terus terang, aku belum lagi move on dari bayangan sabah. Sudah dua bulan berlalu dan bayangan aku masih di Sabah.
Semasa di Sabah, aku sempat tertemu dengan sumandak kreatif dalam mengukir inai di jari. Aku terserempak semasa aku dan amoi ke Pasar malam selepas balik dari kundasang.
Sumandak ni sangat kreatif dan berjiwa seni, sebaik sahaja selesai memilih corak pilihan hati terus ja Sumandak ni mengukir tangan aku dengan yakin seolah-olah pelukis melukis di atas kanvas putih. Adeh berpuitis pula aku. Harga adalah berbeza-beza mengikut ukiran.
Video :The making of my 1st Henna Tatoo
Pilih jangan tak pilih, Harga adalah berdasarkan corak yang kita pilih bermula dengan harga RM5.00
The Art of Henna
Ke esokkan harinya, kawan aku dua orang plak nak buat inai macam aku, pengaruh tidak sihat aku ni hahaha...
Nah, Sumandak rezeki ko bah ni saya bawa kawan-kawan lagi, sebab ko punya ukiran henna tu cantik bha, sampai kawan-kawan saya pon terjebak sama.
Video 2 : Ukiran ke dua
Sementara menunggu kawan aku siap, aku jalan-jalan dulu cuci-cuci mata :P
Nah, hasil kami bertiga tetapi aku punya comot sikit adehhhh tersentuh inai belum kering tu
Instagram : Henna_Riana dan feza_hennaart
Facebook : www.facebook.com/pinkberyJank
Menuju ke balai berlepas
Akhirnya,persoalan aku terjawab kenapa aku di beri pas lawatan sosial selama 90 hari , sebabnya kad pengenalan aku tiada huruf 'K'. Maksud K, adalah code untuk menunjukkan berasal dari Sarawak. Macam sabah yang memegang code H.
***sigh ***
Selamat tinggal Sabah
k, bye
2 comments
Wah! banyak design boleh pilih. Ramai customer dia, berapa lama boleh siap ukir tu?
ReplyDeleteMrs. A pun layan juga ukir-ukir inai ni. Biasa minta anak sedara yang buat.
Yes Mrs A, sangat2 banyak pilihan..Ramai customer dia dan masa buat pon cepat dalam 5-10 minit cm tu dah siap dan diorang memang pro dalam bab2 mengukir inai2 ni sebijik macam kat pic yang kita pilih tu...kalau Mrs. A dtg sabah, boleh lah jumpa diaorang :)
ReplyDelete"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"