My Review : Bary Inn, KL Airport transit Hotel
“The world is a book, and those who do not travel read only one page.” – Saint Augustine
Kaunter Pendaftaran
Bulan lepas,semasa nak kembali dari bercuti dengan keluarga aku bermalam di Bary Inn. Sebab utama aku memilih untuk bermalam di Bary Inn adalah di sebabkan lokasi hotel ini berdekatan dengan KLIA2 tambahan pula hotel ini menyediakan perkhidmatan shuttle percuma ke Lapangan Terbang. Kalau naik uber atau grab ke KLIA atau KLIA2 dari hotel ini mau nya kena bayar RM35.00.
Aku menempah hotel ini melalui Agoda.com dengan bayaran sebanyak RM70.26 termasuk tax. Sampai di Bary Inn, penyambut tetamu terus melayan untuk proses pendaftaran dan bertanyakan jam berapa flight esok siap menolong menempah van shuttle pada awal pagi esok. Jam 4 pagi tu. Deposit adalah RM50 dan akan di kembalikan semasa kita check out esok.
Bilik agak kecil tapi selesa dan bersih lagipun dah penat dengan aktiviti sebelah petang, lepas check in mandi apa semua aku terus melelapkan mata. Kadang-kadang terdengar juga bunyi kenderaan lalu lalang di sebabkan tempat penginapan ini berdekatan dengan jalan raya.
Bilik bersih dan tuala di sediakan
------------------------------------------------------------------
-----------------------------
Bary Inn
Alamat :
No.1 Jalan 4 Bandar Baru Salak Tinggi,
Business Park, 43900 Sepang, Selangor
No Telefon :
03 - 87064267
No Fax :
03 - 87067267
E-mel :
reservation.baryinn@gmail.com
--------------------------------------------------------------
-------------------------------------
Tv di sediakan, abaikan beg aku tu
Tandas pon bersih
Di sediakan shampoo dan sabun mandi
Seawal-awal jam 4 pagi, aku dan keluarga aku bersiap sedia ke KLIA2 untuk mengejar flight pada jam 0645 pagi dan di luar Barry Inn, van shuttle dah menunggu. Bagi aku, Barry Inn adalah tempat transit strategik bagi sesiapa yang mengejar flight awal pagi dan tambah-tambah lagi bila ada menawarkan free shuttle ke Lapangan Terbang. Kalau nak cari tempat transit sekejap untuk merehatkan badan dan mengejar flight awal pagi, Bary Inn lah jawapan nya.
Selalu nya bila aku travel seorang atau dengan kawan-kawan bila terpaksa mengejar flight awal pagi macam ni, aku akan bermalam di Lapangan Terbang tapi bila dengan keluarga, tak dapat pula aku buat macam tu. Tambah-tambah lagi bila kita travel dengan orang tua, benda pertama yang kita akan fikir adalah keselesaan mereka.
Tak sabar nak tunggu next flight, bulan Disember..Trip penutup tahun 2017
k, bye
14 comments
nampak selesa hotel tu..blh la lepaskan penat dan lelah seharian travel..btw,
ReplyDeletesalam perkenalan sis... ;)
follower nombor fav, #8
<3
selamat berkenalan juga sis...yaa memang selesa dh free shuttle lagi tu sis :)
DeleteWah ada shuttle bas ni yg penting. Tak perlu pening nk naik uber semua kan. Wah ke mana next trip tu ye.
ReplyDeletehai sis Ana Suhana, yaa shuttle bas memang penting..dh jimat bab tu ..next trip , Indochina...Bermula dari vietnam berakhir di Thailand :)
Deletesaya pernah stay sini. not bad lah hotel dia. tapi nak naik teksi tu.. kalau nak catch flight sebelum 6 pagi, bayaran teksi sangat mahal, huhuhu.. ok lah kalau hotel ni dapat provide shuttle bas - good job!
ReplyDeleteHai sis Dorsett Pink, yup boleh tahan hotel dia, sekarang dah ada shuttle van, kira dah ok tu...Sebab kalau nak di ekotkan dari Hotel ni ke Airport kalau tak silap RM35 naik taxi.. :)
DeleteBagus juga ada hotel yang macam ini.. Memudahkan mereka yang nak travel pada awal pagi..
ReplyDeletebetul tu sis Shahida...Hotel ni sesuai tuk sesiapa yang transit ke airport awal pagi.. :)
DeleteOmputih sgt nama hotelnya
ReplyDeleteYaaaa nama pon Bary Inn, :)
DeleteTQ masuk blog list..already add yours
ReplyDeletesama-sama.. selamat ber-blogwalking :)
Deletesaya nak tanya, dari klia2 tu mmg diaorg sediakan terus ke shuttle bas tu? ke dari hotel shja? tq
ReplyDeletehi Sis Noyu...Dari KLIA/KLIA2 memang diaorang ada sediakan shuttle van tu dengan syarat awak kena inform diorang awal, jam berapa flight, gate mana awak tunggu by emel atau call kaunter...
Delete"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"