Puding Cheese Simple
Hasil minggu lepas
Minggu lepas dalam fikiran asyik pop up nak makan Puding Cheese. Lama juga aku tak buat Puding ni dan bila dah asyik pop up macam dah kena virus tu, aku merajinkan diri buat Puding ni. Bahan dia simple ja, kalau buat komfem jadi.
Biskut SaltCheese (Aku ambik dari Google)
Bahan-bahan
Biskut SaltCheese Khong Guan (Kisar halus)
1/2 tin susu pekat
10g agar-agar
2 biji telur
2 sudu butter
2 sudu tepung kastard
Esen Vanilla
Cara-cara.
1.Masak agar-agar dengan air sehingga hancur.
2.Masukkan susu,telur,esen Vanila, butter,tepung kastard dan biskut yang telah di kisar. Kacau sehingga sebati. Resepi ni aku tidak gunakan gula sebab susu pekat tu dah manis. Kalau nak lebih manis boleh tambah gula ikut suka hati.
3.Tapis dulu sebelum masuk ke dalam acuan. Masukkan dalam peti sejuk, bila dah keras boleh lah misi makan Puding Cheese ni.
p/s: resepi ni spontan ja aku buat, jadi bahan main agak-agak ja masuk tapi jangan risau komfem jadi Puding tu.
k, Bye
11 comments
Mudahnya nak buat.
ReplyDeleteThanks for sharing resepinya.
Hi sis...Ya sangat mudah bahan pon tak banyak...Selamat mencuba
DeleteMakan macam tu ja pon best biskut tu kan...nama dah puding simple kan hihi
ReplyDeleteWow.. nampak menarek resepi tok.nak cuba la nanti.
ReplyDeleteya sis, sila kan mencuba resepi simple ni :)
Deletenampak sedap.. boleh cuba nanti ni..
ReplyDeleteHi sis Maria, Ya sangat mudah dan sedap boleh cuba nanti..
DeleteWah.. Cheese.. mesti ohsem nie..
ReplyDeleteHi Sis Shahiza, yaaa Cheese, boleh cuba bha
Deleteyg ni nmpk sedap la sis..bahan pun mudah je..
ReplyDeleteYa sis,sangat-sangat simple...Boleh cuba nanti sis...
Delete"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"