Indochina Day 3 : Mui Ne dan Sand Dunes

by - 01:11


“Come up here. Tell us your story.” 

― Kien NguyenThe Unwanted: A Memoir of Childhood




Pintu masuk Stesen Keretapi Saigon /  Ho Chi Minh

Seawal-awal jam 6 aku dan amoi dah bergerak ke Station Tren Saigon. Sebelum keluar dari hotel, aku settle kan urusan check out dan mendapat kembali passport aku dari kaunter.  Semasa aku check in semalam, penyambut tetamu di kaunter minta passport aku sebagai cagaran.

Di luar hotel kelihatan kelibat orang vietnam keluar untuk bersarapan pagi gerai-gerai di kaki lima. Ada yang menyapa dalam bahasa vietnam, tetapi aku hanya mampu tersenyum sebab tak faham. Lebih kurang berjalan kaki dalam lima minit, akhirnya sampai di Stesen Tren Saigon atau Ho Chi Minh merujuk tempat yang sama.

Untuk ke Mui Ne, beli tiket train ke Phan Phiet berharga Vnd146K lebih kurang RM25. Train ini hanya bergerak dua kali sehari, seawal jam 645 pagi dan 1 petang, dan hanya berhenti di dua Stesen ia itu Binh Thuan dan Phan Phiet. Jadi tak perlu risau kalau tersesat. Yang lucunya, tren ini sempat berhenti sekejap untuk menurunkan staf dia untuk membeli Croissant di tepi jalan tidak jauh dari landasan keretapi.

Di dalam tren, pegawai akan check tiket dan seterusnya mengedar sebotol air minuman dan sepaket kecil tisu. Kerusi di Tren dapat di laraskan seperti kerusi di dalam bas, berbeza dengan kerusi tren di Thailand. Dan yang paling penting, setiap kerusi ada USB dapat cas telefon dan powerbank. Sila bawa sweater siap-siap sebab aircon sangat kuat mengigil juga sejuk-sejuk awal pagi macam ni.

Seperti train di thailand, akan ada orang berjual barang makanan. Aku tidak dapat menepis untuk membeli jagung panas-panas. Jagung nya sangat manis. Lebih kurang 1045 pagi, train sampai di Phan Phiet.


Replika keretapi


Stesen Saigon atau Ga Saigon



Suasana di dalam stesen Keretapi Saigon


Kaunter membeli tiket


Cara ke Mui Ne dari naik train sehingga naik bas



Pemeriksaan tiket dan passport sebelum memasuki train


Selepas pemeriksaan


Keretapi ke Phan Phiet, Selamat tinggal Saigon jumpa lagi


Duduk di tempat mengikut tiket


Air mineral dan tisu di berikan


Train ni agak istimewa, setiap tempat duduk ada USB untuk cas hp atau powerbank, kerusi boleh laras macam dalam bas


Jagung yang sangat manis

Di luar stesen train Phan Phiet ramai pemandu teksi berpakaian kemas menunggu pelanggan dan akan bertanya lokasi ke mana hendak pergi siap bagi taw berapa dia akan caj. Tetapi aku hanya mengelengkan kepala tanda tidak naik , sebab aku akan naik bas ke Mui Ne.

Tidak jauh dari stesen train, kelihatan bas awam berwarna merah bernombor 103 menunggu peumpang untuk ke Mui Ne. Tambang bas dari Phan Phiet ke Mui Ne adalah Vnd 35k lebih kurang Rm6 duit kita. Perjalanan lebih kurang sejam. Bas ini agak mesra pelancong biarpun bas awam. Konduktor bas akan bertanya di mana kita tinggal dan dia akan siap tunjuk arah dan hantar ke Hotel tersebut.


Sebaik sahaja keluar dari keretapi, pergi ke arah ini


Stesen Keretapi Phan Thiet,paling dekat dengan Mui Ne


Keluar dari Stesen cari bas merah berwarna merah 

Sebaik sahaja turun di simpang jalan, aku dan amoi mencari Mui Ne Connect. Tempat kami tinggal ni sharing dengan owner dia. Berpandukan peta online di tab aku, aku dan amoi mula mencari kedudukan Mui Ne Connect. Tiba-tiba seorang uncle di seberang jalan bercakap bahasa vietnam, bahasa yang kami tidak faham menunjukkan arah. Dalam fikiran aku, macam orang sesatkah aku dengan amoi ni? Rupanya uncle tadi menunjuk ke arah rumah Mui Ne Connect yang kita tercari-cari tu. Macam mana uncle tu tahu yang kita orang akan stay di sini...puzzle sekejap....Uncle tadi siap ketuk pintu untuk kita orang, macam dah biasa pula dah uncle tu.

Emak kepada owner rumah mengalu-alukan kita masuk dan menyuruh menunggu sebentar sementara owner rumah, En Trungh siapkan bilik kita orang. Kelihatan beberapa orang tetamu bersantai di lobi rumah. Uncle Mat Salleh terlebih dahulu menyapa kami dan bertanya asal dari mana. Bila kami bagitaw dari Malaysia, Uncle tu terus sebut Malaysia negara yang cantik, saya pernah pergi. Aku tersenyum, bila aku menyebut Borneo,lagi lah uncle tu bersemangat bercerita pengalaman dia dan anak dia di Malaysia. Rasa best plak bila dengar dia bercerita.

Seketika En Trungh keluar dan memperkenalkan diri sebagai owner rumah, dan membawa kami orang ke bilik kitaorang. Persekitaran yang agak bersih, di luar bilik kita di sediakan tempat menjemur pakaian. Bilik mandi di dalam bilik dan bilik yang di sediakan agak selesa. Serbuk pencuci untuk mencuci pakaian ada di sediakan termasuklah barangan mandi. Rasa macam di rumah pula, tambahan pula terdapat dapur membolehkan tetamu masak siap ada wifi lagi.

Tiba-tiba ada watsap masuk, rupanya En. Trong , pemilik Mui Ne Go. Staff dia akan ambil untuk jeep tour di Mui Ne pada jam 130 petang. Aku ada menempah tour dengan En Trong secara online, sekepala USD5 untuk berkongsi jeep empat orang. Kalau nak tour peribadi sekepala dia ambil USD25. Untuk menempah tour ni, bolehlah masuk website muinego.com atau watsap En Trong +84907142011.


Mui Ne Connect, tempat kami tinggal. Owner yang sangat peramah dan murah dengan senyuman



Selesa dan bersih

Muinego ada menawarkan pelbagai pakej. Boleh pilih ikut kesuaian masing-masing. Jeep tour yang aku pilih ni termasuk Fairy Stream, kampung nelayan, White sand Dunes, Red sand Dunes tetapi yuran masuk kena bayar sendiri tidak termasuk dalam pakej. 

Di White Sand Dunes kena bayar lagi untuk naik jeep lain, sekepala Vnd350k lebih kurang RM60. Kalau tak nak bayar dan nak berjalan kaki di White Sand Dunes ni pon boleh bergantung dengan kesuaian. Tetapi aku cadangkan bagus naik jeep dari berjalan kaki, memang susah nak berjalan di pasir ni dan untuk sampai ke puncak pasir tu memang jenuh kaki berjalan. Kalau nak naik AVT pon boleh tetapi aku tidak tahu harga sebab tak naik. Untuk masuk ke White dan Red Sand Dunes adalah percuma kecuali Fairy Stream tu kena bayar tetapi tak mahal, tak sampai seringgit pon duit kita.



Jeep tour yang kitaorang naik


Fairy Stream : Vnd5k untuk masuk lebih kurang Rm0.80



Fairy Stream : Sepanjang perjalanan ada orang berjual makanan


Fairy Stream : Nak naik burung unta pon boleh kalau berminat


Fairy Stream : Rest stop, kalau nak memancing pon boleh


Fairy Stream


Fairy Stream : Keunikan pasirnya lain dari yang lain


Kampung nelayan : Masuk sini percuma


Kampung Nelayan : Di sini, bot nelayan bulat-bulat 


Kampung Nelayan : Cengkerang 


White Sand Dunes 


White Sand Dunes: serius kalau jalan kaki kat sini memang susah


White Sand Dunes : Jeep yang kita naik 


Red San Dunes : Aku dan Red Sand Dunes, masa ni tengah tunggu sunset


White Sand Dunes : Macam-macam posing ada, yoga, lompat bintang 

Selepas menikmati sunset di Red Sand Dunes, pemandu tour menghantar balik ke Guesthouse. Sebelum tu dia sempat bertanya kalau nak makan seafood boleh booking dengan dia, dia boleh intro kedai yang murah-murah tetapi malam tu kami orang ada plan sendiri, nak mencuba street food di Mui Ne.

Guesthouse yang kami orang tinggal sebenarnya dekat dengan pusat bandar Mui Ne, cuma kena berjalan kaki lebih kurang 15 minit dan street food nya agak murah. Malam tu aku tido awal memandangkan mengejar bas ke Ho Chi Minh  pada jam 5 pagi.


Ringkasan Perjalanan:-

Tiket Keretapi (Station Saigon - Stesen Phan Phiet) : V146K lebih kurang RM25
Jagung : VND5K lebih kurang RM0.80
Tiket bas (Stesen Phan Phiet - Guesthouse) :Vnd35K lebih kurang RM6
Guesthouse Mui Ne Connect bahagi 2: RM48 bahagi dua orang, RM24
Mui Ne Go Tour : USD5 (rate masa ni RM4.2)
Entry Fees (Fairy Stream) : Vnd5K lebih kurang RM0.80
White Sand Dunes (transport) : Vnd350,000 lebih kurang RM60
Makan Malam : Vnd50,000 lebih kurang RM9

Jumlah hangus : RM146.60

Kronologi Perjalanan :-

Prologue   :  Persediaan
Part 1        :  Bintulu - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh
Part 2        :  Ho Chi Minh - Mui Ne

Part 3        :  Mui Ne - Ho Chi Minh
Part 4        :  Ho Chi Minh - Phnom Penh
Part 5        :  Phnom Penh - Siem Reap




You May Also Like

13 comments

  1. nice entry and pics. saya tak pernah sampai ke vietnam. memang tertarik dengan sand dunes tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sis Salbiahm, tq sis...Yaa Sand dunes tu memang menarik kalau ada rezeki sis boleh pergi sana nanti...

      Delete
  2. Selesa ye train dan bas di sini. Bagusnya ada tempat caj lagi. Kerusi pun boleh laras.

    Cantik lah dear fairy stream tu. Lain dari yang lain. Bot bulat tu pun sama. Red sand dunes pun cantik juga. Tak luas tgk gambar2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ** tak puas tgk gambar2 ni

      Delete
    2. Hi sis Ana, memang selesa train kat sini dan suasana sini memang cantik sis, cuma lokasi nya jauh2 kena ada transport

      Delete
  3. wahhhhh seronoknya... sangat convinience tuk ke sini in the future nnti <3
    follow sini #17

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Misdiarios, Memang seronok....Boleh pegi sana kalau ada rezeki

      Delete
  4. hi sis, saya visit blog ni sebab sis ada komen kat blog saya :) dah balik dari trip indochina ke sis? saya tak pernah sampai ke mui ne lagi, tapi cantik tempatnya bila tengok gambar. keep updating sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis Fatimah...Ya sudah balik dari trip Indochina tapi tak kesampaian nak update blog sebab lepas tu trip pegi ipoh-penang plak...Memang cantik sis, kalau boleh stay kat Mui ne 3 hari macam tu baru abis pusing...

      Delete
  5. alamak seronoknya dapat pegi jalan2..nak ikut jugakkkk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis Nur, ya memang seronok dapat pegi jalan-jalan...best sangat2 lepas ni trip trans java plak

      Delete
  6. Cantiknya white sand dunes tu..

    ReplyDelete
  7. Jom ke HCM – Dalat – Mui Ne 2020!!!!!! Hanya RM1500/pax termasuk flight + transport + hotel + meal + entrance fee + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk full itinerary boleh ws 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my