Indochina Day 4: Ho Chi Minh dan Bas Hanh Cafe
“Remember that happiness is a way of travel – not a destination.” – Roy M. Goodman
Gambar semalam di White Sand Dunes
Nampak gayanya aku menyambung tidur semula lagi pun aku agak memgantuk di sebabkan aku dah makan pil motion sickness, kunun-kunun nya sebaik sahaja naik bas aku nak terus lelapkan mata dan risau juga sebenarnya takut termabuk semasa dalam perjalanan ke Bandar Saigon.
Sedang sedap aku tidur di ulit mimpi-mimpi indah tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan pintu. Seolah masih di awangan mengantuk, aku membuka pintu,rupanya tuan rumah bagitaw agen bas tu dah sampai.
Dengan senyuman manis, tuan rumah dan ibunya mengucapkan selamat tinggal. Agen bas mengambil menggunakan mini van dan sebaik sahaja sampai Pejabat Agen, kami terus di berikan tiket bas dan masuk terus ke dalam bas untuk meneruskan perjalanan. Bas yang kami naik adalah jenis sleeper bus. Ini adalah pertama kali aku naik bas jenis macam ni kat Malaysia mana ada bas sleeper macam ni kan. Sedikit demi sedikit bas mula penuh dengan penumpang.
Mulanya agak risau juga bila dapat tahu dari agen, kena naik bas Hanh Cafe ni, sebab aku pernah baca review di tripadvisor bas ni agak bermasalah sikit tapi sebaliknya bas ni agak bagus juga perkhidmatan nya. Setiap penumpang di berikan sebotol minuman dan selimut. Dan paling penting, dapat tidur dengan selesa macam kat katil tanpa kebas kaki. Ironiknya bagi orang yang tinggi atau kaki panjang memang bermasalah dengan tempat duduk macam ni, di minda aku terbayang Lee Kwang Soo.
Keadaan Sleeper bus, pertama kali naik bas macam ni
Tak dapat bayangkan kalau kaki panjang macam Lee Kwang Soo naik bas macam ni, tiba-tiba teringat runnng man pula. Kaki aku muat-muat ja sampai kat hujung kerusi.
Kakak depan ni sibuk upload gambar dia kat Instagram, jadi stalker plak kat belakang hihi
Air Minuman dan Selimut di sediakan
Kesan ubat yang aku telan awal pagi tadi masih terasa mengantuk nya.. Perjalanan dari Mui Ne ke Ho Chi Minh mengambil masa 5 jam, sepanjang masa tu aku hanya tidur sahaja.
Aku hanya terbangun apabila pemandu berhenti di sebuah kedai makan untuk berehat sekejap dan makan tengah hari. Di kedai ini, terdapat macam-macam makanan tetapi semua harga agak mahal. Paling murah set nasi dan sayur goreng, itu pon dah 80,000 Dong.
Aku hanya terbangun apabila pemandu berhenti di sebuah kedai makan untuk berehat sekejap dan makan tengah hari. Di kedai ini, terdapat macam-macam makanan tetapi semua harga agak mahal. Paling murah set nasi dan sayur goreng, itu pon dah 80,000 Dong.
Set Sayur dan nasi
Gambar kat toilet pon aku ambik tapi satu benda pon tak faham
Setelah beberapa seketika rehat, bas pon bergerak semula menuju bandar Saigon.Yang bagus nya, semasa aku dan amoi masih makan di kedai makan, pemandu bas sendiri bagitaw bas dah nak bergerak. Hampir dekat jam 3 petang, akhirnya sampai . Bas Hanh Cafe ini berhenti di kawasan District 1.
Aku dan amoi mula bergerak mencari Hotel tempat kami tinggal malam tu. Hotel ini aku dah tempah awal-awal melalui agoda,com, 10USD kalau convert duit kita dalam RM42 semalam.Susah juga nak mencari Hotel ni sebab terletak di ceruk-ceruk lorong. Kalau nak di ekotkan, dekat ja Hotel ni dengan tempat bas berhenti tadi tapi map.me ni saja nak bawa kita masuk pusing-pusing lorong di Saigon.
Sebaik sahaja selesai urusan check in, aku dan amoi terus meninggalkan beg , misi seterusnya meronda-ronda di bandar Saigon ini. Macam-macam gelagat orang aku jumpa, yang lucu nya setiap kali masuk dalam kedai mesti nak memperbandingkan harga barang di Malaysia dengan di Saigon ni. Mestilah harga sini mahal lagi berbanding dengan di Malaysia. Teruja bila jumpa barang buatan Malaysia kat sini.
Kat sini ada jumpa ramai orang Malaysia borong kain pasang
Barang-barang sini lebih kurang barang kita, ala-ala Pasar Seni
Harga buah ja dah 50k Dong
Iklan Mi Goreng sekejap
Susu pack, yang vanila ni sedap
Teh Lipton pon ada
Nah siap dia heret lagi toy cute tu
Stesen minyak Saigon
Kakak dan kedai runcit Saigon
Bandar Saigon di malam hari, tidak pernah lekang dengan bunyi hon motosikal
Makan malam : Banh Mi
Kat sini banyak gerai jual makanan ni, teruja nak cuba. Memang sedap
Aku sempat membeli sekeping poskad untuk sendiri. Kedai kraftangan yang aku pergi ada sekali perkhidmatan pos kan barang. Untuk sekeping poskad ke Malaysia harga setem di gunakan adalah berharga 95k Dong. Memandangkan aku tidak sempat untuk pergi ke Notre Dame Cathedral, aku beli poskad berlatarkan belakang gereja ni. Memang cantik tapi sayang tak sempat pergi, hanya lalu semasa naik bas dari Lapangan Terbang Saigon.
Malam tu aku tidur kekenyangan sambil di ulit mimpi-mimpi indah di Saigon. Pagi esok kena bangun awal untuk mengejar bas ke Phnom Penh. Selamat Malam Saigon
Malam tu aku tidur kekenyangan sambil di ulit mimpi-mimpi indah di Saigon. Pagi esok kena bangun awal untuk mengejar bas ke Phnom Penh. Selamat Malam Saigon
Ringkasan Perbelanjaan:-
Tiket bas (Mui Ne - Ho Chi Minh) : 110,000 Dong ~ RM18.90
Lunch : 80,000 Dong ~ RM13.80
Buah : 50,000 Dong ~ RM9.00
Long Stick Bread + Milo + Tic Tac : 62,000 Dong ~ RM11.00
Susu Pack + Soya : 17,700 Dong ~ RM3.00
Dinner : 36,000 Dong ~ RM7
Poskad + Setem : 1USD + 9,500Dong ~ RM6
Hotel : 10usd lebih kurang RM42 (bahagi dua orang, RM21/person)
Jumlah hangus : RM89.70
Kronologi Perjalanan :-
Prologue : Persediaan
Part 1 : Bintulu - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh
Part 2 : Ho Chi Minh - Mui Ne
13 comments
Nak cakap lagi yg kak ana teringin sgt nak nail sleep bas atau train.
ReplyDeleteSaigon memang lah penuh dgn rakyat malaysia yg suka shopping. Mana2 jumpa dorang. Hehe
Hi sis Ana...memang sangat2 best, pertama kali naik sleeper bus ni, kalau lah kita di malaysia ada kan bagus...asal tempat shopping2 borong2 kain tu memang terserempak dengan diorang
DeleteTravel is one of the fun thing ever! ^^ btw Hana follow sini! :3
ReplyDeleteHai Hana Chie...Yaaa travel sangat menyeronok kan ,kalau dapat selama nya travel ke satu tempat ke satu tempat....
Deletebnyk info dapat.
ReplyDeletekalau nk jalan kat saigon bleh rujuk sini lg
Hi sis Ayunie...ya boleh rujuk mana yang dapat rujuk :)
DeleteBest dapat tahu cerita, tengok gambar perjalanan miss tins ke Saigon..
ReplyDeleteThank you so much for sharing your experience..
Tak pernah ke sana tapi sekurang-kurangnya LZ dapat ilmu dari cerita miss tins..
HI sis Lz...Tak pa sis, one day kalau berkesempatan sis boleh pergi sana nanti...simpan dalam bucketlist :)
Deletebestnya vietnam - teringat kenangan lama saya dulu backpacking sorang2 ke vietnam sampai ke china.. kenangan yang tak dapat dilupakan seumur hidup.... www.lavenderbacpacker.blogspot.com
ReplyDeleteHi sis,wah sis best juga pergi vietnam sampai ke China...memang kenangan yang tidak dapat di lupakan sis, kalau boleh nak pergi sana lagi...
DeleteMahal ye lunch tu.. Nasi dengan sayur je pun..
ReplyDeleteHai sis, nak tanya lah kan. Kalau ke mui ne tu, xblh terus ke phnom penh ke ye. Ke mmg perlu balik semula ke hcm or ben thanh?
ReplyDeleteHai Yaniey...Kena balik ke HCM balik, Mui Ne atas sikit dari HCM, dari HCM baru dapat gerak ke Phnom Penh...Tapi memang suggest pergi Mui Ne, memang berbaloi...
Delete"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"