Indochina Day 5 : Phnom Penh dan Tuol Sleng Genocide Museum
Bas Giant Ibis yang selesa, bagi 5 bintang tapi kalau ada 10 bintang aku bagi
Selamat Petang Semua, kepada Silent Reader dan sewaktu dengan nya.
Aku cuba untuk menghabiskan entry trip ke Indochina ni tetapi di sebabkan kekangan masa dan sibuk dengan aktiviti harian menyebabkan tertangguh untuk aku mengemaskini entry ini. Baru-baru ni aku baru sahaja menghabiskan birthday trip ke Ipoh - Cameron Highland - Penang bersama kawan-kawan sempena cuti Thaipusam. Dah lepas sebulan tetapi belum lagi update ke blog, trip ke indochina pon belum habis lagi update.
Balik kepada cerita semasa perjalanan ke Kemboja, aku telah menempah tiket bas secara online melalui laman web Giant Ibis. Tiket bas Giant Ibis ini agak mahal juga berbanding dengan tiket bas lain. Untuk ke Phnom Penh dari Ho Chi Minh sahaja dah 18USD , kalau bas lain dalam purata 6USD sehingga 12USD. Bas ni cuma dua kali sehari bergerak ke Phnom Penh, pada jam 830am dan 12pm. Memandangkan masa kami pergi travel adalah Musim Perayaan Christmas, takut juga tiket habis di jual di kaunter. Bas ni bukan jenis sleeper bas yang kita pakai semalam, tempat duduk adalah jenis standard tapi yang best setiap tempat duduk ada port usb untuk caj powerbank atau hp. Dalam bas, ada wifi juga. Nah boleh lah kesempatan mendownload movie.
Bas Giant Ibis menunggu penumpang di depan Pejabat Giant Ibis tidak jauh daripada bas yang kita naik semalam. Sebelum meletakkan beg di tempat menyimpan barang di dalam bas, setiap penumpang akan di berikan keratan tiket menyimpan beg dan beg akan di tag mengikut keratan tiket yang di berikan. Jangan hilangkan keratan ni, nanti tak dapat ambik beg kita nanti sebab tak da bukti beg tu kita punya.
Seorang staff Giant Ibis akan guide kita dari sempadan Vietnam sehinggalah kita sampai di sempadan Kemboja dan sepanjang perjalanan Passport kita di simpan staff tersebut, jangan nak cari gaduh kenapa harus bagi passport tu kat dia, ada kang yang kena turun dari bas jalan kaki ke Kemboja. Bila sampai di sempadan, barulah passport tersebut di kembalikan kepada kita.
Setiap Penumpang di berikan Arrival card Kemboja, sediakan pen siap-siap
Keadaan tempat duduk bas Giant Ibis
Setiap penumpang akan di berikan kad ketibaan ini, cantik kan gambar Angkor Wat tu
Sarapan pagi yang di bekalkan Giant Ibis , sebotol air mineral dan seketul kuih
Beratur di Imgresen Vietnam, staff Giant Ibis akan ke Kaunter bersama dengan Passport kita, tugas kita tunggu ja, lepas siap di Cop, staff tadi akan panggil nama kita
Sampai di Sempadan Vietnam, Staff Giant Ibis akan ke kaunter Imigresen untuk menghantar sebundle passport para penumpang . Tugas kita hanya tunggu sampai passport kita siap di cop, kemudian staff akan memanggil nama kita untuk kembalikan passport kita. Bas Giant Ibis berhenti sekejap di sebuah mall untuk makan tengah hari dan berehat selama sejam sebelum memulakan perjalanan ke Phnom Penh semula.Aku lupa apa nama mall tu dan tak ambik gambar mall tu.
Yang malang nya, makanan yang di pesan tidak kunjung tiba sehinggalah bas memulakan semula perjalanan. Agaknya pelayan kat tempat makan tu lupa kot pasal pesanan kami tapi nasib juga sebab masih ada bekalan roti Gardenia, tak la lapar sangat perut.
Seketika, bas bergerak semula menuju ke Sempadan Kemboja. Segalanya berjalan dengan lancar dengan bantuan staff Giant Ibis. Kalau sesiapa pertama kali naik bas dari Vietnam ke Kemboja macam aku bolehlah naik bas Giant Ibis ni sebab dia akan guide kita dari masa ke masa. Memang terbaiklah servis Bas Giant Ibis ni berbaloi lah 18USD tu.
Menu makanan di Sempadan Vietnam, paling murah adalah 2.50USD
Menu minuman, paling murah 0.35USD lebih kurang RM1.50 duit kita
Imigresen Kemboja
Selamat datang ke Kemboja
No Contact En Zahri : +85510788460
Dekat jam 3.30 Petang, bas sampai di Phnom Penh. Aku dah siap tempah tuk-tuk awal-awal. En Zahri dari pagi lagi dah watsap bertanyakan bila sampai. Memandangkan cuma beberapa jam di Phnom Penh, En Zahri cuma sempat membawa aku dan amoi ke Tuol Sleng Genocide Museum. Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan tuk-tuk di Phnom Penh, bolehlah menghubungi En Zahri. Senang nak berkomunikasi sebab En Zahri fasih berbahasa melayu.
No Contact En Zahri : +85510788460
En Zahri, tuk-tuk di Phnom Penh
Trafik light di Phnom Penh
Sebaik sahaja sampai di pintu masuk Tuol Sleng Genocide Museum, terasa hati pilu melihat keadaan bangunan sekolah yang di jadikan bangunan tahanan ini. Menurut Wikipedia yang aku baca, lebih kurang 20,000 tahanan terkorban dalam masa 4 tahun bermula tahun 1975 sehingga 1979. Tahanan ni bukan sahaja setakat orang dewasa, kanak-kanak dan bayi turut terkorban. Sebaik sahaja tahanan ini di bawa masuk ke sekolah ini, mereka akan memberi keterangan berkenaan kehidupan mereka dari mula lahir sehinggalah tertangkap sebagai tahanan.
Harga tiket masuk adalah 5USD tanpa audio dan 8USD untuk audio berbahasa English yang menceritakan setiap keadaan terjadi di tempat tersebut. Berbaloi ambik 8USD tu sebab kita akan tahu cerita di sebalik bangunan sekolah yang di jadikan tahanan ini. Hati berasa pilu bila mendengar setiap penjelasan audio tersebut, di sebalik kejadian itu betapa seksanya kehidupan mereka sebaik sahaja menjejak kaki sebagai tahanan di sini.
Bekas katil yang di gunakan untuk menyeksa tahanan
Walaupun hanya gambar, tapi sayu melihat keadaan mangsa
Syarat di kenakan kepada semua tawanan
Bangunan A, bangunan yang menjadi saksi kekejaman mangsa terkorban
Setiap bangunan dan bilik menjadi saksi keperitan mangsa terkorban
Syarat yang tidak masuk akal
Orang ramai berkunjung ke tempat ini
Bukan setakat tempayan biasa tetapi tempayan untuk menyeksa mangsa
Mugshot mangsa terkorban, hanya gambar mampu berbicara
Sekolah yang dijadikan tempat untuk menyeksa tahanan
Bayangkan tahanan berkongsi bilik kecil ini
Tugu di bina untuk memperingatkan tahanan yang terkorban
Sebaik sahaja habis melawat Tuol Sleng Genocide Museum, En Zahri membawa pusing-pusing sekitar Phnom Penh. Waktu agak singkat, dan hanya mampu berjalan mana yang sempat. Sebaik sahaja beli makanan untuk mengalas perut malam tu, En Zahri menghantar semula ke Station bas Giant Ibis petang tadi. Sedih juga bila mendengar sejarah Phnom Penh dari mulut En Zahri. Kalau berkesempatan, aku akan kembali semula ke Phnom Penh, banyak lagi tempat aku belum sempat pergi. Waktu bagitu singkat tapi apakan daya, kami mengejar masa untuk ke tempat lain.
Ini adalah Independence Monumen
King Father Norodom Sihanouk
Waterfront di Phnom Penh
En Zahri bawa pusing-pusing Phnom Penh
Sebaik sahaja sampai di Terminal Bas Giant Ibis, aku dan amoi terus ke Pejabat Giant Ibis untuk membeli tiket bas ke Siem Reap. Tetapi malang nya tiket ke Siem Reap malam tu dah habis dan hanya ada untuk malam seterusnya. Mungkin kecian lihat muka kecewa kita orang, staff Giant Ibis menawarkan pertolongan untuk membeli tiket bas dengan syarikat lain plak.
Kali ni tiket agak murah dari jangkaan kami, hanya 10USD sahaja ke Siem Reap dari Phnom Penh. Kalau naik bas Giant Ibis ke Siem Reap 16USD. Banyak beza 6USD tu bagi budget travel macam kami ni. Yang bagusnya, bas yang kami naik adalah jenis sleeper bas. Siap ada selimut lagi cuma tiada port usb macam bas Giant Ibis tapi tidak mengapa janji selesa dan tambang bas murah.
Selamat tinggal Phnom Penh moga kita ketemu lagi.
Ringkasan Perjalanan:-
Tiket bas (Ho Chi Minh - Kemboja) : 18USD ~ RM75.60
Tiket bas (Phnom Phnh - Siem Reap, Sleeper type) : 10USD ~ RM42
Dinner : 2USD ~ RM8.40
Sweater : RM10
Mineral water : 4USD ~ RM16.80
Tuol Entry fees : 8USD ~ RM33.60
Tuk-tuk (Phnom Penh) : 15USD ~ RM63 / RM31.50 Seorang
Jumlah hangus : RM217.90
Kronologi Perjalanan :-
Prologue : Persediaan
Part 1 : Bintulu - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh
Part 2 : Ho Chi Minh - Mui Ne
4 comments
yang kawasan nih saya tak sempat pergi hari tu
ReplyDeleteHi bro Hans,
DeleteTak pa, lain kali bila pegi kemboja boleh pergi tempat ni...:)
Adoi.. ngeri betul sekolah yang menjadi tempat tahanan itu..
ReplyDeleteHi sis Shahida..Memang ngeri,masa masuk sekolah tu rasa seram pun ada..
Delete"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"