Indochina Day 6 : Siem Reap dan Old Market

by - 20:08




Anak Muda Kemboja - Siem Reap, Old Market



Selamat Petang:-
Kepada semua, silence reader dan sewaktu dengan nya. Bagaimana hari anda hari ini? Jum kita sambung perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap yang tertunggak ni....

Menjelang jam 1130 malam, bas mula bertolak ke Siem Reap. Bas dah penuh dengan penumpang sebelumnya. Yang menariknya, bas kami pakai adalah jenis sleeper bas. Menarik nafas lega sebab dapat baring dari duduk tegak 90 darjah. Sakit badan oOo kalau duduk tegak macam tu sepanjang masa. Perjalanan ke Siem Reap mengambil masa 6 jam. Aku agak-agak dalam jam 5 pagi atau 6 pagi sampai di Siem Reap. 

Sepanjang perjalanan aku tidur dengan lena selepas menelan ubat motion sickness . Agak mengigil juga dalam bas, aircon bas begitu kuat. Aku hanya bangun bila bas berhenti sekejap untuk rehat dan makan di kedai makan. Dah bangun mamai-mamai mana mood mau makan kan. Aku cuma pergi ke tandas dan membeli sebotol air mineral kecil. Bayangkan harga sebotol air mineral kecil tu adalah 2USD. Mahalnya, kalau convert duit kita dalam RM8.40 tapi apa boleh buat dah tu harga dia, rasa macam kena tipu pon ada sebab mahal sangat. Rasa menyesal tak beli semasa di Phnom Penh.Seketika, bas mula kan perjalanan semula dan aku menyambung tidur semula.


Tetiba keluar gambar luffy plak

Sedang sedap tidur tiba-tiba aku terbangun apabila bas berhenti entah di mana. Bila melihat di luar tingkap, macam perhentian bas.  Pemandu bagitaw dah sampai Siem Reap. Bila aku lihat jam di tangan, baru jam 4 pagi. Laju juga bas ni jam 4 pagi dah sampai. Aku estimate dalam 6 pagi sampai di Siem Reap. Sebelum bertolak ke Siem Reap, aku dah e-mel Hostel tempat aku menginap untuk mengambil aku jam 6 pagi di Stesen Bas. Ada 2 jam lagi sebelum jam 6 pagi. Nak pakai tuk-tuk mesti di caj mahal di awal pagi macam ni. Bila riki-riki dengan pemandu tuk-tuk untuk ke tempat penginapan kami tu dia nak caj 6USD. Mula nya kami nak berjalan kaki tapi berjalan kaki pagi-pagi macam ni rasa seram pulak dah la cuaca pagi tu sangat-sangat sejuk, mengigil kesejukan. Akhirnya pemandu tuk-tuk tu setuju pula caj 5USD tuk dua orang ke Hostel. 


Perjalanan ke Hostel di Siem Reap, seawal 4 pagi

Bila dah sampai di Hostel, baru tahu lokasi hostel dan Stesen Bas sangat-sangat jauh kalau berjalan dalam setengah jam atau sejam macam tu baru sampai kot? Pemandu tuk-tuk tadi menawarkan untuk membawa tour ke Angkor Wat tapi sayangnya kami dah ada booking pemandu tuk-tuk untuk membawa kami ke tour ke esokkan pagi nya. Rasa kecian pula bila dia offer dan kami terpaksa menolak,mungkin bukan rezeki dia.

Bila masuk ke Adan World Hostel, penyambut tetamu terus menguruskan urusan check in kami, sepatutnya kami check in pada jam 2 petang tetapi kami di benarkan untuk check in awal. Adan World Hostel ni aku booking melalui Agoda.com. Hostel ini ada menawarkan perkhidmatan tour ke Angkor Wat, selain itu perkhidmatan mengambil pelanggan di airport atau stesen bas juga di sediakan, kita hanya perlu menghantar e-mel sehari sebelum hari perjalanan untuk membolehkan pihak hostel membuat persedian. 



Bilik kamiorang di Adan World Hostel


Pintu masuk Adan World Hostel, boleh membuat tempahan melalui agoda.com


Pakej di tawarkan di Hostel ini, kalau share dengan kawan-kawan makin murah


Peta ke Angkor wat dan sekitarnya

Setelah selesai check in, penyambut tetamu tadi membawa kami ke bilik kami. Keadaan bilik agak selesa, ada tv. Sebaik sahaja selesai segala urusan, aku terus melabuhkan diri atas katil menyambung kembali tidur. Agak mengantuk dan letih.

Bila aku terbangun dari tidur, rupanya jam dah menunjuk ke jam 11. Lama juga aku tidur. Penat campur lagi dengan awal sampai di Siem Reap pagi tadi. Hari ni plan cuma meronda-ronda di sekitar Siem Reap. Di Adan World Hostel ni, ada menyediakan teh, kopi dan air panas sepanjang masa, berhampiran dengan kaunter pendaftaran. Staff dia pon agak peramah dan sangat membantu bila kita membuat pertanyaan. Kalau yang jenis budget ketat macam kitaorang, bolehkan stay di sini. Murah dan selesa.


Kher Star International School, sekolah di Siem Reap

Cuaca tengahari tu agak berangin tetapi panas. Orang kat sini bagitaw, bertuah berkunjung masa minggu tu, sebab cuaca agak sejuk dan tidak berapa panas. Sengaja aku dan amoi berjalan kaki dari menaiki tuk tuk untuk menerokai persekitaran Siem Reap ni. Lagi senang nak masuk dari kedai ke kedai kan. Sepanjang perjalanan tu, ada beberapa gerai di kaki lima menjual kepah kecil-kecil. Perasaan ingin tahu pon ada, sebab tak pernah lagi jumpa kepah di jual macam tu. Biasa jumpa kepah masak kicap ka, kepah sambal ka. Boleh rujuk gambar kat bawah bagaimana kepah tersebut di jual. Penjual tu siap ajar, macam mana nak buka kulit kepah tu, tapi bila aku dan amoi nak buka kulit kepah tu betapa susahnya nak buka dan akhirnya bagi sahaja se-plastik kepah tu dengan kedai makan tempat kami lunch tengah hari tu. Rezeki diaorang.


Kepah di perisakan dengan cili, pertama kali jumpa makanan macam ni. 
p/s :Aku panggil kepah je, sebab serupa dengan kepah. Jangan kecam saya


Betapa menarik dan nampak sedap tetapi di sebabkan tidak pandai mengopek akhirnya kepah ini di berikan kepada orang lain


Menu makanan di Siem Reap paling murah 7,000 Riel


Lunch :- Nasi Goreng 7000 Riel

Untuk ke Old Market, atau Psar Chaa, kita kena berjalan kaki lebih kurang 20 minit dari hostel. Di sebabkan sepanjang perjalanan jumpa macam-macam benda menarik, perjalanan menjadi tidak berapa penat, rasa macam eh, sekejap ja dah sampai Pasar Lama tu sedangkan perjalanan mengambil masa 20 minit tu dari Hostel. Sepanjang perjalanan kita akan jumpa banyak kedai kraftangan, kedai makan dan gelagat pengunjung yang datang. Kalau nak sewa basikal pon boleh tapi di sebabkan aku tidak pandai mengayuh basikal, jalan kaki la jawapan nya. hahaha

Kalau bertuah boleh jumpa streetfood kemboja macam belalang, katak, spider yang di jual secucuk 1Usd. Kalau berani pergilah cuba makanan ni haha.Yang bijak nya penjual ni, kalau nak ambik gambar makanan eksotik diorang jual ni, kena beli makanan diorang pastu dapat ambik gambar free kalau tak kena bayar 2usd untuk ambik gambar sahaja. Bijak kan buat bisnes macam ni. Ambik gambar ja, bayar 2Usd sebab dia taw ada orang hanya berminat nak ambik gambar sahaja. Makan nya ewww mungkin tidak.



Lokasi Old Market :
Gambar aku ceduk dari Google, kredit kepada owner gambar

Terdapat beberapa lokasi Night Market berdekatan dengan Old Market ni tetapi kawasan ni hanya happening bila malam sahaja, nama dah Night Market kan. Kalau nak beli barangan seperti kraftangan yang murah dan berpatutan, pergi ke Old Market seberang dengan sungai, kena lintas menggunakan jambatan. Kat sana boleh tawar murah lagi berbanding dengan kawasan berdekatan dengan Night Market.


Tuk tuk versi Batman


Night market, bila malam berlabuh keadaan sini akan padat dengan pengunjung


Malam nanti baru buka, siang kita lalu sahaja



Hostel paling dekat dengan Old Market Siem Reap, semalam 7USD ja


Kita kena lalu jambatan ni , kat seberang ni barangan di jual lagi murah


Suasana di Old Market Siem Reap


Suasana macam Chanchutak Market di Bangkok, barangan pon sama sahaja. 


Setiap kedai barangan sama sahaja tetapi harga berlainan, kena pandai menawar taw. Kalau dia taknak bagi diskaun, cuba acah-acah pergi kedai lain,pastu mesti dia panggil balik tu dengan harga murah dari harga asal. p/s : taktik aku pakai masa kat sana



Kat sini kena tegur, tak boleh ambik gambar nanti tauke kedai marah. Ni Curi-curi ambil gambar hihi


Cantik kan lukisan ni, rasa nak angkut sebijik
 

Old Market atau Psar Chaa
Tempat membeli barangan basah untuk harian


Boleh pilih mana yang berkenan, kita cuba makanan orang Kemboja di sini


Makanan Kemboja, 2Usd sepinggan. Sedap juga rasanya
Lokasi : Old Market


Lai lai, ada berani makan benda ni? 1usd secucuk satey. Ada spider, ular, belalang, katak


Kita shopping serbuk pencuci untuk cuci baju malam ni, 0.75USD


Susu jenama Teapot pon ada di jual di sini 0.75USd sahaja. 


Signboard di malam hari, gigih ambil gambar memalam macam ni


Hantar poskad untuk diri sendiri

"I hope you know that I'm sending a postcard I don't care who sees what I sent Or if the whole world knows what's in my head - James Blunt"


Night Market, bila malam berlabuh keadaan di sini menjadi sibuk, penuh dengan pengunjung


Aiskrim, aiskrim sapa nak? boleh cuba di gerai sini


Abang ni tengah sibuk menghasilkan kraftangan tersendiri, kalau tak silap harga dalam 5Usd - 10Usd sebijik


Kalau kekurangan duit, boleh cucuk duit di Atm CIMB Bank sini. Lokasi, tidak jauh dari Night Market


Phalla Angkor Night Markets. Kraftangan di sini lebih kurang sama dengan di Old Market tetapi harga lagi mahal.


Selendang, seluar, baju , semua ada. Pilih jangan tak pilih


Semua barang lebih kurang sama kan, harga sahaja tidak sama


Malam tu, aku tidur awal memandangkan esok pagi kena awal bangun untuk mengikuti tour ke Angkor Wat. Seharian penat menyukat jalan di Siem Reap.

Selamat malam Siem Reap. Semoga mimpi-mimpi yang indah.


Ringkasan Perjalanan:-

Air mineral : 2Usd ~ RM8.40
Tuk-tuk (Stesen Bas - Hostel) : 5Usd ~ RM21 Bahagi dua orang : RM10.50
Hostel : RM72.54 Bahagi dua orang : RM36.27
Lunch : 7,000 riel ~ RM7.00
Street Food (old Market) : 2usd  ~ Bahagi dua orang 1USd seorang : RM4.20
Kepah: 5,000 riel ~ RM4.90 bahagi dua orang seorang : RM2.45
Air mineral (kecil) : 0.5 Usd ~ RM2.10
Souvenier (Baju) : 7Usd ~ RM29.40
Air Mineral (Besar) : 1.2Usd ~ RM5.04
Poskad 0.5Usd ~ RM2.10
Lain-lain : 10USD ~ RM42


Jumlah hangus : RM149.46

Kronologi Perjalanan :-

Prologue   :  Persediaan
Part 1        :  Bintulu - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh
Part 2        :  Ho Chi Minh - Mui Ne

Part 3        :  Mui Ne - Ho Chi Minh
Part 4        :  Ho Chi Minh - Phnom Penh
Part 5        :  Phnom Penh - Siem Reap


You May Also Like

16 comments

  1. tinggi jgk kos beli barg kt sana erkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis Shalimar...Agak tinggi juga sebab pakai kadar USD, tapi ada tempat murah gak kena survey dulu baru beli..

      Delete
  2. pakai usd ek..
    boleh tahan juga harga nya..
    tapi ade je rasanya tempat yg murah kan cuma kena cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis Nieyla...Ya pakai Usd, kalau duit ada baki dia bagi bentuk riel kalau kita beli barang. Kena survey2 juga tempat, masa ni rate dia 1usd = Rm4.20

      Delete
  3. Murahnya harga hostel tu. Tp bg kak ana overall kos murah sgt tu qstyna. Except for that mineral water and sourvenir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis Ana...Ya memang murah, tuk dua hari seorang hanya bayar RM36.27, tempat pon selesa juga...Air mineral sangat mahal, nampak 0.5usd macam kecil ja nilai tapi bila convert duit kita kira mahal gak...

      Delete
  4. Nice sharing!!! ^^ and nice experience tooo!! :3

    ReplyDelete
  5. terkujat tengok makanan eksotik tu. ular..katak..adeh. nampak macam mainan getah tapi betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sis Salbiahm, yaa kat Siem Reap ja jumpa makanan eksotik ni..Tempat lain belum pernah jumpa lagi...

      Delete
  6. Cantiknya lukisan-lukisan tu.. Meriah night marketnya.. Kena pandai bargain baru berbaloi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis Sha..Memang cantik-cantik lukisan, rasa nak beli ja tapi bila fikirkan masih jauh lagi perjalanan, sekadar cuci mata sahaja lah jawapannya..

      Delete
  7. Wah cantiknya, teringin nak pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Zumal..Ya silakan pergi, luaskan permandangan dengan dunia luar...Memang best , suatu hari nanti nak repeat lagi pergi sini

      Delete
  8. Diorang ni pun dah tau, tourist ramai nak ambik gambar je. BIjaklah buat bisnes gitu, free je dapat 2usd, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis Nurul,memang bijak berbisnes modal ambik gambar ja lepastu dapat duit dia taw tourist tak makan benda macam tu :)

      Delete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my