Short Trip ke Pulau Labuan (Part 1)

by - 01:42


“We travel not to escape life, but for life not to escape us.” – Anonymous

****Part 1****



Kaunter tiket di sebelah kanan pintu gerbang

Setelah Check out dari Hostel, aku dan amoi berjalan kaki ke Jesselton Point. Sebelum ini, Jesselton di kenali sebagai Api-Api. Pada tahun 1967, Jesselton di tukar nama ke Kota Kinabalu sehinggalah sekarang nama Kota Kinabalu kekal.

Berjalan kaki ke Jesselton Point dari hostel tempat aku menginap mengambil masa lebih kurang 5 minit. Di Sabah, pagi lebih cepat sejam dari di Sarawak.Berjalan-jalan awal pagi macam ni pon terjumpa juga dengan kawan-kawan Song Ji-Hyo. Awal pagi plak dah berjalan orang Korea ni. Rasa fe-feeling kat Korea pulak dah.

Sebalik sahaja tiba di pintu Gerbang Jesselton Point, pembelian tiket boleh di beli di kaunter tiket terletak di sebelah kanan bangunan.




Tertera di tiket RM44.60 tetapi aku bayar RM22.30
Sila tunjukkan Kad Pengenalan sebelum membuat pembayaran tiket

Harga tiket ke labuan terbahagi kepada dua, First Class dan Ekonomi. Harga untuk First Class adalah RM44.60 tetapi aku membayar RM22.30. Untuk warganegara Malaysia, akan mendapat diskaun 50% jadi kena tunjukkan kad pengenalan sebelum membayar harga tiket. Manakala untuk kelas ekonomi, berharga RM39.60 tetapi untuk warga Malaysia RM19.80.

Tempat duduk di dalam feri adalah mengikut tempat duduk yang telah di tetapkan di dalam tiket. Jadi tak perlu risau tak ada tempat duduk. Rilex-rilex naik feri. :)

Kalau nak tengok view lautan yang membiru, beli lah tiket First Class. Tempat duduk First Class terletak di tingkat atas. Kelas ekonomi tempat duduk terletak di bawah. 

Dalam Feri turut di sediakan tandas. Perjalanan Feri dari Jesselton Point ke Labuan mengambil masa 3 jam. Sepanjang perjalanan ada orang menjual junk food dan minuman tapi tak tahu berapa harga sebab aku tak beli pon. Kalau rasa nak bawa bekal atau makanan sendiri, boleh bawa tiada pula aku lihat larangan di larang membawa makanan luar di pamerkan.

Bagi yang mudah mabuk laut tu, makan ubat dahulu sebelum bertolak. Aku tak makan ubat tetapi bila sampai di Labuan kepala aku pandai pening pula.



Jadual Harga tiket
First Class : RM44.60 (selepas diskaun RM22.30)
Kelas Ekonomi : RM39.60 (Selepas diskaun RM19.80)


Kaunter tiket Pelbagai
Kalau nak pergi Pulau Manukan ka, cari kaunter tiket ke Pulau Manukan. Aku nak pergi Labuan, jadi kena pergi ke Kaunter tiket ke Labuan


Sejuk mata memandang laut biru, Jeti Jesselton
Sebelum menaiki feri, bolehlah singgah untuk mengisi perut. Pelbagai Gerai makanan ada di sebelah kanan.


Ini lah feri bakal di naiki
Sediakan tiket untuk di periksa sebelum masuk ke dalam feri.


Tempat duduk jenis First Class, ada tv lagi
Selama 3 jam dalam ni apa rasanya? Pening dan rasa nak muntah pon ada, tengok amoi tido lena ja sampai di Labuan sebab dah makan ubat.


Akhirnya sampai di Labuan
3 jam dalam feri macam-macam perasaan ada. Nak muntah pon ada,rasa lapar pon ada


Macam kat Airport pula kan
fe-feeling naik flight plak pegi sini


Kaunter tiket di Labuan
Kaunter tiket ini di sebelah kiri pintu selepas kita keluar dari balai ketibaan feri. 


Perkhidmatan Kereta Sewa di Labuan
Kalau sesiapa nak sewa kereta di Labuan, boleh lah contact no 013-8513378, tolong promote plak 


Coklat Coklat, pilih la yang mana satu, semua nya sedap.
Balik nanti boleh beli sebab kedai ni buka awal, dalam 730 Pagi dah buka dah


Tip-tip trip ke Labuan:

1. Tiket pergi ke Labuan di Jesselton Point dan Tiket balik ke KK dari Labuan pon boleh di beli sehari awal untuk mengelakkan ke habisan tiket.
2. Bawa bekalan makanan, tempoh 3 jam tu mesti lapar kalau tak sarapan pagi sebelum menaiki feri.
3. Untuk mengelakkan mabuk laut, makan ubat dulu sebelum naik feri.
4.Sampai di Labuan, semasa pintu nak keluar dari Jeti, ada Perkhidmatan kereta sewa. Aku ambik Viva(m) RM50 sehari. Aku share gan amoi jadi Rm25 seorang.
5.Perkhidmatan Feri ini hanya ada dua kali sehari dari KK. Dari KK, pukul 8 pagi dan 1.30 petang.Begitu juga di Labuan, masa pon sama juga.

Summary perjalanan ke Labuan :

1.Tiket Feri (KK-Labuan) : RM22.30
2.Tiket Feri (Labuan-KK) : RM22.30 - tiket beli awal, takut next day tiket dah habis.
3. Kereta sewa (Viva) : RM50 (Bahagi dua orang, Rm25)
4.Minyak kereta : RM20 (Bahagi dua orang, Rm10)
5. Hotel : RM60 (Bahagi dua orang, RM30)

Total hangus  : RM109.60


P/S: Untuk part 2, aku akan ceritakan tempat menarik di Labuan.

k, bye


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kronologi perjalanan:-

Part 1 : Kota Kinabalu
Part 3 : Pulau Labuan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










You May Also Like

4 comments

  1. Terbaik ! Lengkap betul info pasal feri & tambang semua ! Keep explore !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai bro, saja ja share...ya keep explore :)

      Delete
  2. Replies
    1. Hi Clest, boleh check di Agoda.com buat perbandingan kat situ, Saya Stay di Sky Global Hotel.

      Delete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my