Persedian travel ke Indochina

by - 02:20

It's better to look back on life and say "i can't believe i did that" ,than to look back and say, "wish i did that"



Aku dan backpack - Chiang Mai, Thailand

Selamat Petang :-

Setelah sekian lama tidak kemaskini blog berikutan aku pergi travel ke empat buah negara sekali gus, Vietnam, Kemboja, Laos dan Thailand . Impian aku untuk menjejak kaki ke Indochina ini akhirnya tercapai setelah beberapa bulan membuat persiapan.  Pelbagai kenangan pahit dan manis aku tempuh sepanjang perjalanan ini, nanti aku cerita pada entry yang akan datang.



Pemandangan di Plain of Jars, Phonsavan Laos

Biarpun hanya dapat ke Plain of Jar satu tempat sahaja tetapi sudah mencukupi. Terdapat tiga site Plain of Jar. Kemisterian kenapa batuan ini wujud masih lagi misteri dan tersenarai dalam UNESCO dunia.


Di antara persiapan yang aku buat :-


1.Laluan yang di pilih

Bintulu -- > Kuala Lumpur -- > Ho Chi Minh -- > Mui Ne -- > Ho Chi Minh -- > Phnom Penh -- > Siem Reap -- > Bangkok -- > Vientiane -- > Vang Viang -- > Phonsavan -- > Luang Prabang -- > Bokeo  -- >  Chiang Rai -- > Chiang Mai -- > Lop Buri -- > Kanchanaburi -- > Bangkok -- > Kuala Lumpur -- >  Bintulu


Bas ini perjalanan dari Bokeo ke Chiang Rai

Pakai bas tempatan lagi murah jika berbanding mini van biarpun mengambil masa yang lama tapi bila lagi nak merasa pengalaman bas local di luar negara kan

2. Pengangkutan

Trip ini menggunakan dua kali penerbangan sebelum menjejak kaki ke bumi Indochina. Penerbangan dari Bintulu ke Kuala Lumpur dan Penerbangan Kuala Kumpur ke Ho Chi Minh. Sebelum aku membeli tiket penerbangan, aku membuat survey melalui website skyscanner. Skyscanner akan membuat perbandingan dan saringan semua harga tiket penerbangan. Senangkan, tak payah kita masuk satu demi satu laman web syarikat penerbangan semata-mata nak survey harga tiket yang murah.

Aku ada juga buat kajian tentang pengangkutan awam yang ada, semuanya maklumat di hujung jari ja, tanya uncle google. Kalau nak tengok jadual train dan membuat anggaran bajet boleh lihat website www.seat61.com .Kebanyakan bas yang aku pakai bermula dari Vietnam , Kemboja dan Bangkok adalah bas Giant Ibis. Review pasal bas ini pon agak menarik dan yang penting tiket dapat di beli online. Jadi dari situ kita dapat anggarkan berapa budget untuk gerak dari satu tempat. Bas ini menawarkan perkhidmatan perjalanan terus dari Siem Reap sehingga ke Bangkok tanpa perlu bertukar bas di sempadan.



Sila buat salinan passport dalam google drive sebagai backup

3.Itinenari

Itinenari ini adalah berdasarkan tempat nak pergi,berapa jauh tempat tu dari tempat tinggal dan berubah mengikut keadaan. Ada juga tempat yang kami tidak dapat pergi berikutan tidak cukup masa.




Di Vang Vieng, jenis Bungalow Standard RM44.80/malam

Tuan rumah di Keosimoon Guesthouse di Vang Vieng, Laos ini sangat baik hati dan sangat membantu. Kawan aku tertinggal USB dia siap pos pegi Malaysia lagi.



4.Tempat tinggal

Kebanyakan tempat tinggal aku buat tempahan online melalui Agoda.com .Memandangkan aku share dengan kawan kos tempat tinggal ni, jadi agak jimat sikit kat situ.


ATM Cimb terletak di pasar malam Siem Reap bersebelahan mini mart

5.Matawang

Aku cuma menukar Ringgit kepada USD di KLIA. Manakala selebihnya aku ambil di ATM CIMB Bank Siem Reap dan Chiang Rai. Di Siem Reap duit yang keluar adalah USD, bukan dalam bentuk riel.



Keadaan dalam sleeper train dari Bangkok ke Nong Khai dalam perjalanan ke Laos :-  

Jenis upper berth siap di sediakan bantal dan selimut masih berbungkus dengan plastik lagi, privacy sebab setiap katil ada langsir. Kalau bernasib baik, berdekatan dengan port mengecas hp lagi.


6.Packing

1.T-shirt - 4 pasang
2.Seluar legging hitam -  1 pasang
3. Seluar panjang - 2 pasang
4.Seluar pendek - 1 Pasang
5.Kain sarung
6.Pakaian dalam - bawa secukupnya
7.Towel jenis microfibre (ni aku beli kat www.pttoutdoor.com )
8.Toiletries ( Smua di letak dalam botol 15ml dan di label)
9.Tiger balm saiz travel 2gm - 1 botol
10.Pelbagai ubat (Selepas pengajaran keracunan makanan semasa trip ke Thailand dua tahun lepas,aku bersiap dengan pelbagai ubat)
11.Debit Card (Cimb) -  Aktifkan sebelum pergi travel
12.Tiket kapal terbang / passport / tiket bas online- scan dan simpan dalam google drive
13.Sandal bertali jenama ipanema - 1 pasang
14.Peralatan elektronik (Tablet - untuk tgk movie semasa dalam bas/train, pelbagai charger ,  kamera)
15.Sunblock / pelbagai krim dan losyen
16.Portable travel folding Hangers - 3 pasang ( senang nak gantung lepas cuci pakaian)
17.Power Bank
18.Insurans

Yang penting, sebelum pergi travel sila beli insurans. Malang tidak pernah berbau, sediakan payung sebelum hujang.


k, bye

Prologue   :  Persediaan
Part 1        :  Bintulu - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh
Part 2        :  Ho Chi Minh - Mui Ne

Part 3        :  Mui Ne - Ho Chi Minh
Part 4        :  Ho Chi Minh - Phnom Penh
Part 5        :  Phnom Penh - Siem Reap




You May Also Like

14 comments

  1. dah lama x melancong stail sempoi gini..kalau berdua ngan asben ok la..kalo dengan mak, risau dia cepat penat or x selesa..maklum la dah 74thn umonya...so banyak cuti santai2 jer sambil shopping or cuci mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis Juls, Saya pon tak sanggup nak ajak parents saya travels ala macam ni maklumlah orang tua mudah letih tapi kalau jenis umur macam kita ni memang redah semua tempat, kadang2 24 jam dalam bas baru sampai destinasi, penat tapi seronok sis...Rasa pengalaman yang sangat best

      Delete
  2. Wah bestnya dpt cross 4 negara. Kak ana plg tertarik dgn sleeper train tu. Teringin sgt nak naik sbb dkt malaysia dah xde kan. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sis Ana...Yang sangat best tertunai sudah wishlist cross 4 negara..Dulu boleh naik train dari KL sentral terus ke Hat Yai, nasib saya sempat naik train tu dulu..kenangan kan naik sleeper train dari Malaysia sekarang mana ada lagi kan

      Delete
    2. Tu lah. Kalau dulu at least ada senandung malam tu kan. Skrg dah xde. Semua nya ETS je. Melepas nak merasa pengalaman tidur dlm train.
      Takpe kalau ada rezeki mcm qstyna dpt lah merasa naik sleeper train di thai pula. InsyaAllah.

      Delete
    3. takpe sis, mana taw ada rezeki naik sleeper train kat thai...Ets pon best gak laju, cepat lagi sampai kan :)

      Delete
  3. Wow.. Pengalaman yang tak kan dapat ditukar ganti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis shahida, ya pengalaman yang tak dapat di tukar ganti, memang best sis..

      Delete
  4. WAh! empat buah negara sekali, tahniah ya impian tercapai.

    Mrs. A tumpang baca jelah pengalaman orang hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mrs A...Yaa 4 buah negara sekali gus, suatu hari nanti pon Mrs A boleh pergi trip macam ni, best

      Delete
  5. wah bestnya dapat berjalan2 tengok negara orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis, dapat tengok negara orang tempat orang, memang best

      Delete
  6. belum pernah buat lagi macam ni..tak sabar nak baca entry sambungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suatu hari nanti kalau kesempatan sis boleh buat macam ni, memang best...

      Delete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my