Apa best di Kuala Lumpur ?Jom jalan di sekitar Kuala Lumpur

by - 22:08

“Begin doing what you want to do now. We are not living in eternity. We have only this moment, sparkling like a star in our hand and melting like a snowflake.” – Marie Beyon Ray


Hai rimau, aummmm

Pagi-pagi aku dah bangun tapi semua orang di rumah dah keluar bekerja. Jadi tinggal aku seorang sahaja di rumah. Uncle aku awal-awal bagitaw kat luar hujan lebat,kena tunggu hujan reda baru keluar. Malam ni aku tak bermalam di rumah bapa saudara aku, aku bermalam di rumah kawan aku di Serdang. Sebab esok aku kena gerak awal ke Cameron Highland dengan diorang. Sementara tunggu diorang balik keja,aku ada misi untuk terjah KL sorang-sorang.Lama tak buat kerja gila macam ni,berjalan di KL seorang seorang. 

Sebelum memulakan misi berjalan seorang diri, aku mengisi perut terlebih dahulu. Masak sesimple yang mungkin untuk mengalas perut. 

Di luar, hujan begitu lebat. Aku hanya mampu berharap hari berhenti hujan agar aku dapat keluar. Dekat jam 10 pagi, hujan mula reda dan aku mengambil kesempatan untuk keluar dan bergegas ke Stesen LRT Cahaya. Dalam 5 minit berjalan kaki baru sampai di Stesen LRT dan hujan mula mengila lebatnya. Nasib begpack aku awal-awal aku dah cover dengan rain cover. Kasut abis lencun basah. Hari yang begitu malang.


Sampai di Stesen LRT Hang Tuah, aku naik pula monorail untuk ke KL Sentral. Tujuan aku ke KL Sentral adalah untuk menyimpan begpack aku.

Nasib ada rain cover kalau tak memang abis lencun basah beg aku

Di KL Sentral, ada loker tempat penyimpanan barang, Dulu tempat menyimpan loker ni mengunakan token tetapi sekarang hanya scan thumb dan gambar kita. Tak ada kunci okay. Sambil scan thumb dan scan gambar tu, masukkan duit. Bayaran loker ni bergantung berapa besar loker yang kita nak ambil.

Selepas selesai menyimpan beg aku, aku ke kaunter tiket KTM untuk membeli tiket ke Batu Caves.

Menunggu ketibaan train ke Batu Caves

Untuk ke Batu Caves, beli tiket ke Stesen Batu Caves di Kauter Komuter berharga RM2.60 sehala . Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam dari KL Sentral. Stesen Batu caves adalah stesen terakhir dan tidak perlu risau kalau tersalah turun stesen.

Batu Caves mempunyai 272 anak tangga yang agak curam dan mempunyai tiga buah gua utama yang menempatkan kuil-kuil dan tempat suci agama Hindu.

Tugu Dewa Muragan setinggi 140 kaki merupakan patung Tuhan Muragan paling tertinggi di Malaysia dan ke dua tertinggi di dunia selepas Kailashnath Mahadev di Nepal. Pembinaan Patung Tuhan Muragan ini mengambil masa 3 tahun untuk di siapkan . 

Selain tugu Dewa Muragan, di Gua Ramayana terdapat Tugu Dewa Hanoman setinggi 50 kaki dan sebuah gua yang di dedikasi kan untuk Dewa Hanoman. 

Bila berkunjung ke Batu Caves, seelok-elok nya jangan bawa apa-apa makanan. Kenapa? Nak kejar dengan monyet nakal tu boleh lah hahaha.. Di sepanjang naik 272 anak tangga tu, sepanjang tu lah  Monyet nakal ni jadi stalker pengunjung yang ada, siapa yang bawa makanan siaplah kena kejar dengan monyet ni sampai kita menyerahkan ke semua makanan kita kepada monyet nakal ni. Siap panjat badan lagi, tak percaya? Boleh cuba sendiri bawa makanan ke sana.

Tugu Dewa Muragan

hari ini kita bersenam kaki, naik tangga, 272 anak tangga

Pemandangan dari dalam, akak sebelah bercekak pinggang pulak dah penat ye kak panjat tangga tinggi-tinggi

Dark Cave terletak di kiri tangga semasa kita mendaki tangga



Menuju ke arah Dark Cave

Kaunter pendaftaran dan tempat membeli tiket masuk

Jangan terpedaya dengan kemanisan dan kecutetan monyet ni,monyet ni bertukar menjadi jahat bila berjumpa dengan makanan.

baru sebentar tadi aku menyaksikan drama monyet ni naik atas bahu pelancong nak rampas makanan terjerit-jerit perempuan tu hahahaha


Kesenian di batu caves


Tugu  Dewa Hanoman, setinggi 50 kaki

Setelah penat berjalan di Batu Caves, aku mengambil keputusan untuk ke Pasar Seni. Dari Stesen ktm Batu Caves berhenti di Stesen Kuala Lumpur. Stesen Kuala Lumpur adalah stesen sebelum KL Sentral dan harga tiket adalah RM

Di Pasar Seni, macam-macam kraf tangan ada. Dulu masa zaman study-study suka plak berjalan ke sini, entah kenapa suka berjalan ke sini dulu. Di dalam bangunan Pasar Seni terdapat Muzium 3D Art tetapi aku tak masuk pon. Kalau ada kawan mungkin masuk kot, ada juga tolong ambikan gambar, ni sorang-sorang berjalan sapa nak tolong ambik gambar kan. Nak minta tolong orang ambil kan segan plak aku.. ish pandai segan ka aku ni?

Berdekatan dengan Bangunan Pasar Seni, adalah Warisan Kasturi . Barang di sini lebih kurang di Jalan Masjid India atau Petaling street. Nak usha-usha barang macam t-shirt, beg-beg tu boleh lah singgah di sini. 

Stesen Kuala Lumpur


Di hadapan Warisan Kasturi


Suasana di Warisan Kasturi


Hadapan pintu masuk Pasar Seni. Gambar kat sebelah kanan tu, pakaian tradisional kaum Iban, lelaki



Dalam Pasar Seni :-  Straits Chinese


Di pasar seni terdapat 3D Art Museum


Pelbagai kraf tangan boleh dapat kat sini


Di luar bangunan Pasar Seni


Di sebalik lukisan 


Tekun plak abang ni melukis


Menara jam?? Tak taw nama area ni


Jalan Tun Tan siew Sin


Nowhere signboard

Puas merayau-rayau di area Pasar Seni, kaki aku melangkah jauh pula ke Petaling Street. Berpeluh juga berjalan. Di sini barang lebih kurang macam di Warisan Kasturi.


Petaling Street


Suasana di Petaling Street


Air Mata Kucing, kecian kucing tu habis air mata dia nangis hahahaha


Basikal untuk di sewa


Siapa nak naik? Sila download eBike App terlebih dahulu baru dapat mengayuh basikal ni.


Perjalanan aku di teruskan ke stesen MRT Merdeka sebab aku nak pergi ke Muzum Negara. Bayangkan betapa jauh aku berjalan dari Petaling Street ke stesen MRT ni. Ini pertama kali aku ke Muzium Negara biarpun pernah tinggal beberapa tahun di sini tetapi tak pernah jejak kaki ke Muzium Negara. 


MRT Merdeka


Jom naik MRT





Muzium Negara

Yuran masuk ke Muzium Negara adalah RM2 dan percuma untuk kanak-kanak yang berpakaian seragam sekolah. Jangan tak percaya Muzium Negara ini pernah di bom hancur semasa Perang Dunia ke-2. Jadi tapak asal Muzium ini di bina semula pada 1961. Kalau yang jenis suka benda bersejarah dan barang-barang lama, tempat ini memang seronok nak explore.

Muzium Negara terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian A adalah Sejarah Awal, Bahagian B Kerajaan-kerajaan Melayu, Bahagian C Era Kolonial dan Bahagian D adalah Malaysia Kini. 

Paling aku suka adalah bahagian C, Era Kolonial. Di sini kita akan belajar tentang era-era Portugis, British dan pasal pejuang-peluang merdeka. Siap ada replika pintu gerbang Famosa di Melaka, tak payah pergi jauh-jauh pergi Melaka dah.

Di luar bangunan Muzium, terdapat Istana lama kayu Terengganu di kenali sebagai Istana Satu. Aku tak ambil sangat gambar kat Muzium sebab kusyuk membaca caption di bawah setiap barang-barang yang di pamerkan.


Basikal Jepon, zaman dolu-dolu


Nak naik?


Mini bas 



Di luar bangunan Muzium Negara, berhampiran dengan Istana Satu


Mural Muzium Negara


Perjalanan aku di teruskan kembali ke KL Sentral untuk mengambil beg aku. Pertama kali menjejak kaki ke Batu Caves dan Muzium Negara adalah pengalaman yang tidak dapat di beli dengan ringgit dan siap di perli kawan aku, ke Batu Caves untuk sembahyang ke? Dan aku hanya senyum dalam hati aku, tolong buka minda dan pergi lah ke tempat orang dan cuba belajar budaya orang lain. Semasa aku di Bangkok, aku siap pergi semua temple lagi dan aku masih aku belum juga aku berubah sebab ke tempat beribadat orang. Yang penting kita hormat agama orang lain dan cuba berfikiran jauh. Emo pulak


Ok, bye











You May Also Like

4 comments

  1. Bila baca entry ini teringat pulak zaman muda remaja dulu, ronda-ronda K.L seorang diri sambil tengok gelagat manusia.

    ReplyDelete
  2. Kan Mrs.A, Lama tak buat kerja cam ni, pegi ronda-ronda K.L seorang diri. Kadang-kadang tu best juga suka hati saja ekot kaki nak pergi mana :)

    ReplyDelete
  3. Seriously terharu sungguh baca entri ini, tempat2 itu kawasan saya merayau zaman belajar kolej tahun 90-an.. Banyak dah berubah, semakin cantik kawasan persekitaran..

    Saya pun pernah kena perli bila berkunjung di the largest Temple in Penang. Saya pun punya pendapat yang sama spt Miss Tins, buka minda & luaskan fikiran.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, semua kita zaman study-study dulu-dulu suka pergi tempat macam ni... Saya pergi ronda-ronda pon sebab rindu suasana dulu-dulu.. tapi semua tu zaman masih study dulu, memang best apatah lagi kawan sekepala pon sama join sekali...Bila dah bekerja rindu plak nak pergi merayau macam ni

      Delete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my