Brunei Darussalam : Roadtrip dari Sarawak ke Brunei

by - 02:26

“Your heart is the size of an ocean. Go find yourself in its hidden depths.”


Road Trip ke Brunei baru-baru ini adalah trip yang tidak terancang, tiba-tiba abang aku ajak Road trip ke Brunei. Perjalanan dari Bintulu ke Brunei mengambil masa 5 jam. Seawal-awal 5 pagi kami bertolak dari bintulu dan sampai di Miri dekat jam 8 pagi. 

Ini adalah kali ke-dua aku menjejak kaki ke Brunei, trip pertama aku adalah pada Mac 2016 dengan Hafiz dan Amoi tetapi misi kami bertiga menerjah Brunei tidak berjaya memandangkan kereta dari Malaysia tidak dapat membeli Petrol di sesetengah stesen minyak Brunei dan pada masa yang sama minyak dah menghala ke E, hendak atau tidak terpaksa juga berpatah balik ke Miri untuk membeli Petrol sekali gus misi menerjah bumi brunei terbatal. Belajar dari pengalaman lampau,kali ini aku siap-siap bawa tong minyak dari Bintulu, siap isi penuh-penuh tangki dan tong minyak sebagai bekalan.

Dari Miri ke sempadan Brunei-Malaysia, terlebih dahulu kita akan melepasi sempadan  melalui kompleks Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Malaysia di Sungai Tujuh. Untuk Warganegara Malaysia, Tol ke Brunei adalah percuma tetapi hanya perlu membayar tol di sempadan Brunei, Tol Jambatan Rasau sebanyak B$3 dan tol ini di bayar menggunakan dollar Brunei atau matawang Singapura.

Sampai di Sempadan Brunei, kita akan mengisi borang masuk sementara bagi kenderaan persendirian dan perniagaan. Dalam borang ni, kita kena tahu no chasis kenderaan, no enjin kenderaan dan tarikh tamat insuran kereta. Paling senang, siap-siap bawa photostat green card, semua maklumat ada dalam tu.

Bila melepasi sempadan Malaysia-Brunei, aku terus mengaktifkan pakej roaming pass Digi, RM5 untuk 24jam, Unlimited sosial messaging + 50mb data internet. Untuk menggunakan pakej roaming ni, untuk pengguna digi hanya perlu dial *800#.

Sepanjang perjalanan ke Brunei ini, aku menggunakan app Waze. Masa pertama kali jejak ke Brunei dulu, aku jadi penumpang jadi aku tak berapa alert dengan jalan.


Borang Masuk Sementara bagi kenderaan persendirian dan perniagaan



Intipati Borang Masuk Sementara bagi kenderaan persendirian dan perniagaan






Selepas melepasi sempadan Malaysia-Brunei kita akan nampak signboard ini."Selamat datang ke Kuala Belait"


Ini adalah kadar tol di Jambatan Rasau, semua urusan adalah dalam bentuk watawang Brunei atau Singapore. Matawang Malaysia tidak di terima, sila tukar duit siap-siap 


Tol Jambatan Rasau, kiri kanan hanya semak samun dan hutan rimba sahaja


Sesi membayar tol 

Perjalanan di terus kan ke Belait District Museum tetapi berapa kali pusing tak jumpa-jumpa juga Belait District Museum tu. Waze asyik bagitaw, dah sampai tapi takda pon jumpa bangunan muzium tu. Akhir nya aku dan abang aku mengambil keputusan untuk berhenti di Taman Jubli Perak Kuala Belait. Snap sana sini gambar baru meneruskan perjalanan. Taman Jubli Perak Kuala Belait adalah tempat rekreasi, sesuai untuk bersantai pada waktu petang. Walaupun kecil tetapi kebersihan tempat ini terjaga


Dalam perjalanan ke Bandar Seri Begawan, terserempak pula dengan kawasan Brunei Asia Pacific Shell learning Hub yang terletak di Seria, sebenarnya waze ajak tersesat lagi, tujuan utama ke Seria tu nak tengok One Billionth Barrel Monument tapi hasrat tak kesampaian pula. Dekat jam 1130 pagi selepas beberapa jam drive, akhir nya sampai di Bandar Seri Bagawan, ibu Negara Brunei Darussalam


Taman Jubli Perak Kuala Belait


Taat kepada Allah, Setia Kepada Raja , Cinta Kepada Negara


Salah satu tarikan di Taman Jubli Perak Kuala Belait


Tulisan Jawi


Brunei Asia Pacific Shell Learning Hub

Setelah pusing-pusing mencari tempat parking, akhir nya jumpa tempat parking berdepan dengan Post Office. Kami berjalan kaki ke Bangunan Alat-alat kebesaran Diraja. Royal Regalia Building ini mempamerkan alat-alat kebesaran Diraja Brunei. Sebelum melangkah jauh kedalam, terlebih dahulu pelawat di kehendaki menanggalkan kasut atau selepar di luar. Terdapat rak kasut di sediakan untuk tempat kita meletak kasut atau selepar kita. 

Pengunjung juga di larang sama sekali untuk mengambil gambar di museum ini kecuali di ruang Lobi di tingkat bawah bawah. Semasa kita membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran, kita akan mengisi buku pelawat kemudian Staf akan memberikan kita kunci loker tempat kita menyimpan beg. Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja ini terbahagi kepada tingkat pertama dan tingkat bawah.

Di tingkat pertama, terbahagi kepada Bahagian A Pameran alat-alat Kebesaran Diraja (semasa istiadat Perpuspaan 1968), Bahagian B Dewan Pameran Diraja, Bahagian C Dewan Pameran Jubli Perak dan Bahagian D Teatre Jubli.

Di tingkat bawah, terbahagi kepada Bahagian E Dewan Pameran Sejarah dan Perkembangan Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, Bahagian F adalah Ruang Diraja dan Bahagian G adalah Pejabat Unit Pameran.



Kaunter pendaftaran dan di sebelah kanan adalah loker di sediakan untuk menyimpan barang Pelawat



Alat Kebesaran Diraja Brunei



Lokasi : Bangunan Alat-alat kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan

Yuran masuk : Percuma 

Waktu beroperasi : Ahad - Khamis (0900-1700)
Jumaat (0900-11-30) / 1430- 1700
Sabtu : (0945 -1700)

Di buka Setiap hari termasuk cuti umum dan pintu akan di tutup 30 minit sebelum waktu lawatan berakhir.



Usongan Diraja



Sedikit penerangan berkenaan Changkah dan Usongan Diraja



Sebahagian Peralatan Diraja di Lobi


Explore, jangan tak explore


Meriam kah itu???



Laluan masuk Ke Galeri Pusat Sejarah Brunei

Berhampiran dengan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja Brunei adalah Galeri Pusat Sejarah Brunei. Tetapi malangnya kunjungan kami kali ini tidak berjaya memandangkan Galeri Pusat Sejarah Brunei tidak buka pada hari ahad. Tidak jauh dari Galeri Pusat Sejarah Brunei, terdapat tugu Jam Peringatan yang terletak tengah-tengah jalan raya. 


Lokasi : Galeri Pusat Sejarah Brunei, Bandar Seri Begawan

Yuran masuk : Percuma 

Waktu beroperasi Isnin - Khamis & Sabtu (9.00 - 12.00) / (1.30 - 4.30 )

Tutup : Jumaat & Ahad Hari Kelepasan Awam.


Jam Peringatan


Di sebalik tugu jam ini, tersimpan alkisah Negara Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu

Jam Peringatan adalah sebuah tugu yang di perbuat daripada simen. Di atas ke empat penjuru di letakan jam seiko dan merupakan simbolik Keteguhan dan Keeratan Perhubungan antara Negara Brunei dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1959. 

Kemudian kami berjalan kaki ke Tamu Kianggeh. Bagaimana nak taw lokasi Tamu Kienggeh ni? Senang ja, bila kita berjalan kaki terjumpa dengan tokong Cina lokasi Tamu Kienggeh adalah bertentangan dengan Tokong Cina ini. Cuma satu ja tokong Cina di sini. 

Ada apa dengan Tamu Kienggeh? Tamu Kienggeh lebih kurang macam tamu kita di Malaysia. Ada yang menjual sayuran, ayam hidup, kuih-muih pon ada juga. Sempat membeli setin Cola berharga B$2, bila convert ke duit kita Malaysia lebih kurang RM6.22 setin cola. Kalau nak pergi ke Kampung  Kienggeh dari tamu Kienggeh ni, kena naik bot. Aku tak tahu berapa harga naik bot ke Kampung Kienggeh ni sebab aku tak naik pon bot tu. 




Tamu Kienggeh



Kuih muih di Tamu Kienggeh



Pelbagai benda di jual di sini


Pelbagai pilihan sayuran ada di sini


Landmark kalau nak pegi Tamu Kienggeh, Tokong Cina


Perjalanan di teruskan ke Malay Technology Museum. Nak ke tempat ni kena drive sebab kalau nak berjalan kaki mau nya sehari baru sampai. Malay Technology Museum ini terletak di Kampong Kota Batu, lebih kurang drive 15 minit dari Tamu Kienggeh. Muzium ini lebih kepada kehidupan harian masyarakat penduduk Brunei.

Seperti biasa, daftar di kaunter pendaftaran dan mengisi buku pelawat. Di sini Pelawat di kehendaki menyimpan beg di dalam loker yang di sediakan dan sekiranya kunci loker hilang pelawat kena membayar B$5 dan boleh mengambil gambar di sini.

Malay Techology Museum ini terbahagi kepada tiga bahagian, Teknologi Tradisi Masyarat Melayu Brunei di Kampong Ayer, Teknologi Tradisi dan Senibina Rumah Masyarakat di Darat, dan Senibina rumah tradisional masyarakat melayu Brunei di Kampong Ayer.

Merupakan Muzium khusus yang mempamerkan pelbagai jenis teknologi-teknologi tradisi melalui kegiatan-kegiatan penduduk yang tinggal di darat dan kampong Ayer dalam tahun 1890an sehingga 1950an. Pameran merangkumi pelbagai jenis teknologi tradisi dan kraftangan tradisonal yang di gunakan penduduk tempatan Brunei Darussalam. 


Malay Technology Museum




Pintu masuk Malay Technology Museum


Lokasi : Malay Technology Museum

Yuran masuk : Percuma 

Waktu beroperasi : Ahad - Khamis (0900-1700)
Jumaat (0900-11-30) / 1430- 1700
Sabtu : (0945 -1700)



Buku Pelawat



Loker di sediakan untuk menyimpan barang



Peringatan mesra dari staf Malay Technology Museum


Sebahagian Pameran di tingkat bawah


Kehidupan nelayan di Kampong Ayer


Aktiviti-aktiviti pertukangan



Bedil atau meriam

Tidak jauh dari Malay Technology Museum, adalah Brunei Darussalam Maritime Museum. Lokasi Muzium ini hanya bersebelahan ja. Sebagaimana peraturan muzium yang lain, pelawat di kehendaki mengisi buku pelawat dan menyimpan beg di dalam loker yang di sediakan. Mengambil gambar di Muzium ini adalah tidak di benarkan sama sekali. 

Masuk sahaja ke Museum ini, tertera Rangka Paus Bryde's yang terdampar di Tanjong Pelumpong pada tahun 2003.

Kebanyakan pameran di Muzium ini adalah berkisar tentang kehidupan perdagangan maritime Brunei. Di antara tarikan utamanya adalah Kapal Karam Brunei yang di temui pada tahun 1997, penemuan tembikar , tembaga , logam, manik-manik yang di temui di perairan Brunei. Artifak-artifak di setiap galeri ini mengambarkan peranan Brunei dalam perdagangan maritim dengan negara-negara luar pada akhir abad ke -15 sehingga awal abad ke- 16 masihi. 

Di luar Muzium terdapat mini replika kampong ayer. Perjalanan di teruskan ke Muzium Brunei tetapi malangnya Muzium Brunei tutup berikutan sedang dalam proses pembaikan. Tiada rezeki nampaknya ke Muzium Brunei kali ini.




Brunei Darussalam Maritime Museum


Pintu masuk Brunei Darussalam Maritime Museum

Lokasi : Brunei Darussalam Maritime Museum

Yuran masuk : Percuma 

Waktu beroperasi : Ahad - Khamis (0900-1700)
Jumaat (0900-11-30) / 1430- 1700
Sabtu : (0945 -1700)


Replika Kampong Ayer


Comel je Replika rumah ni


Tidak jauh dari Malay Technology Museum, singgah sekejap mengambil gambar


Tiada penerangan kenapa ianya di letakkan di sini


Muzium Brunei yang sedang dalam proses pembaikan


No entry tetapi aku curi-curi ambil gambar di sini


Tidak jauh dari Muzium Brunei adalah Taman Arkeologi Kota Batu. Seperti biasa, sila daftar diri di Pusat Informasi Taman Arkeologi Kota Batu dan mengisi buku pendaftaran dan staff akan memberikan risalah berkenaan Taman Arkeologi Kota Batu. Staff di sini sangat-sangat friendly dan memberi penerangan lebih lanjut tentang Taman Arkeologi Kota Batu.

Pelbagai jenis artifak di Taman Arkeologi Kota Batu ditemui yang terdiri daripada bahan tembikar,  struktur yang di perbuat daripada kayu dan batu, duit syiling dan sebagainya.

Di Taman Arkeologi Kota Batu ni,seumpama seperti trekking di taman, jadi seelok-eloknya sila pakai kasut yang sesuai. Para pengunjung akan menikmati pemandangan bersejarah melalui tapak-tapak arkeologi di sepanjang tempat berjalan kaki. 


Signboard Selamat Datang ke Taman Arkeologi Kota Batu


Lokasi : Taman Arkeologi Kota Batu

Yuran masuk : Percuma 

Waktu beroperasi : Ahad - Khamis (0900-1700)
Jumaat (0900-11-30) / 1430- 1700
Sabtu : (0945 -1700)




Sila patuhi peraturan yang sedia ada


Peta di Taman Arkeologi Kota Batu


Masa ni hujan tengah renyai-renyai turun


Penerangan berkenaan Tapak Arkeologi


Merupakan tinggalan 26 tapak tiang pillar base sebuah tapak pemakaman terbesar di miliki golongan  bangsawan.


Tapak Pemakaman 



Dari atas sini, kelihatan Pusat Informasi Taman Arkeologi Kota Batu



Perkuburan lama Kota Batu


Tapak Perkuburan lama


Penerangan tentang Tapak Perkuburan Lama


Tulisan Jawi


Makam Sultan Bolkiah


Salah satu pondok yang ada


Kiri atau Kanan


Sepanjang perjalanan kiri kanan hutan


Ikut sahaja jalan yang telah di sediakan


Dimana sahaja ada signboard, jangan risau takkan sesat


Salah satu tapak Arkeologi


Dimana saja ada signboard


Sebenarnya laluan ini kita dapat ke Maritime Museum, sebelah sahaja


Terdapat 8 pondok untuk pelawat berehat


Hutan bakau, berhampiran dengan sungai


Sila duduk kalau dah penat


Penerangan berkenaan Pulau Terindak, Pulau buatan manusia



Penerangan bagaimana tapak arkeologi mula di temui


Setelah penat trekking di Taman Arkeologi Kota Batu, konon-konon nya trekking, kami mengorak langkah untuk kembali ke bandar Seri Begawan. Semasa kembali ke bandar, aku sempat mengambil gambar Jambatan tetapi aku tidak tahu nama Jambatan itu.

Aku google-google ada yang menyebut Jambatan itu adalah Jambatan Sungai Kebun? Betul atau tidak nama Jambatan itu hanya uncle google sahaja yang tahu.Kemudian aku sempat singgah di Waterfront untuk berhenti sekejap mengambil gambar Rumah Kampong Ayer dari jauh. Tak dapat jejak kaki ambik gambar pon jadilah.



Meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya


Jambatan Sungai Kebun??


Kampong Ayer dari jauh


Suatu hari nanti aku akan jejak kaki di Kampong ini


Signboard Kedai pon pakai tulisan jawi


Perjalanan di teruskan ke Masjid Omar Ali Saifuddin. Masjid ini seolah-olah terapung di atas air jika di lihat dari jauh. Masjid ini terbuka kepada semua golongan untuk melawat.  Masjid ini adalah mercu tanda negara Brunei Darussalam dan masjid ini siap pada tahun 1958.

Setelah habis melawat Masjid Omar Ali Saifuddin, masa untuk kembali ke Bintulu. Kali ini, balik giliran aku pula drive. Secara keseluruhan, memang aku akan kembali untuk explore Brunei lagi sekiranya berkesempatan dan paling best semua Muzium di Brunei masuk adalah PERCUMA. Aku harap dapat melawat Muzium Brunei, Galeri Pusat Sejarah Brunei, Belait District Museum, bergambar di One Billionth Barrel Monument,pergi explore ke Kampong Ayer dan aku pernah baca pasal  scuba diving di Brunei aktiviti yang patut di cuba. Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu kan. Pendek kata, masa tidak mengizinkan nak buat semua aktiviti tu.




Tugu di luar


Masa ni non muslim tidak di benarkan masuk ke dalam sebab ada majlis sedang dijalankan




Dari luar, tersergam megah




Dari sudut lain plak ambik gambar



Sapa nak naik? Jom Jom



Sudut sisi pula



Kembali ke Sarawak setelah penat explore Brunei dalam beberapa jam


okay, bye















You May Also Like

15 comments

  1. Wah best juga berjalan2 di.brunei. bilalah mama naknje Sana. Ada kawan kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best,kena 2,3 hari baru abis pusing Brunei :)

      Delete
  2. Salam perkenalan.. Menariklah lawatan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan juga sis Shahida, selamat berblogwalking...Ya menarik tetapi banyak tempat lagi tak sempat nak pergi..

      Delete
  3. Seronok sangat baca entry Miss Tins, sangat terperinci terasa seperti berada di Brunei.. LZ pun ada impian ke Brunei.. By the way, thanks for sharing..

    ReplyDelete
  4. Hai Sis I Am Lz, Welcome sis...Tempat di Brunei memang menarik sis,banyak lagi belum cover tu... :)

    ReplyDelete
  5. bestnya dah gi brunei....dekat jer ngan Swk tp x sampai2 pun lg..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sis, nanti kalau berkesempatan sis boleh pegi :)

      Delete
  6. best bca entry ni..nanti bila dtg brunei lagi kita bawa pi tempat yg belum awak terokai.. contact jer thru email rezawati.mcd@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anonymous, tq ya, kalau datang Brunei lagi nanti saya contact awak...Nanti awak bawa terokai Brunei sama2... :)

      Delete
  7. Salam sejahtera Tuan/Puan, semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (aamiin).. Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta/Jogja. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta/Jogja dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    WhatsApp : +6282282222896
    WhatsApp : +6282214441280
    WhatsApp : +6282280000071
    Call : +6282280000071
    Call : +6282282222896
    Call : +6282214441280
    Email : dhanibandung@yahoo.com
    Blog : melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
    Website : www.Dhanitourindonesia.com Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Allah kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Kami pun menyediakan paket Transport dan Hotel.
    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung/Jakarta/Jogja.
    Kami menyediakan pakej Transport dan Hotel, Pakej Full Board.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik Dhani Tour Bandung Transport… (Insya Allah) Jom mari melancong diBandung/Jakarta/Jogja Murah sahaja..
    HARGA PROMOSI

    ReplyDelete
  8. Blh tahu x imigesen brunei tutup pukul berapa? Terima kasih untuk info nie. Memang rancang nk g sana dr miri

    ReplyDelete
  9. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )


    LAKE TOBA TOUR 05 DAYS – 04 NIGHT
    02 SAMOSIR ISLAND, 01 NIGHT BERASTAGI, 01 NIGHT MEDAN

    MARKET : MALAYSIA
    ITINERARY : PRIVATE TOUR

    DAY 1 : MEDAN – PARAPAT – SAMOSIR ISLAND
    Arrival at Kualanamu International Airport will be welcomed by Tour Guide/Driver. After meeting services drive to Parapat via Pematang Siantar. Enroute you will enjoy a nice view with palm and cocoa estates. Stop over at Paten Shop for relax and shopping local snacks. Lunch will served in restaurant . Arrive in Parapat by ferry /boat transfer to Samosir Island. Check in at botel and dinner will be servet at resturant or hotel.

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND TOUR
    Breakfast in hotel. In the morning by boat charter cruise to Samosir Isalnd to visit Tomok village to see the ancient tomb of King Sidabutar and Ambarita traditional village. Shopping Tours. Lunch will be served in restaurant. Afternoon free program and enjoy the Lake Toba. Dinner at restaurant.

    DAY 3 : SAMOSIR – PARAPAT - BERASTAGI
    Breakfast at hotel. By boat /ferry transfer to Parapat. Leave Parapat for Berastagi through marjarunjung valley. Enjoy ginger tea and fried bananas (personal expenses). Stop at Sipiso Piso waterfall to see this magnificent 110 metres tall waterfall drops from Karo highland with back ground the view of Lake Toba. Proceed to Berastagi and arrival in Berastagi visit the central fruit market to buy tropical fruits, vegetables and flowers. Check in at hotel. Dinner at restaurant

    DAY 4 : BERASTAGI – MEDAN
    Breakfast at hotel. Drive to Medan via Sembahe the windy road and enjoy a nice view from Puncak Sibolangit. Arrive in Medan to visit Maimun Palace to see the Palace of the Sultan of Deli which was established on 1888 and Grand mosque at Jalan Mesjid Raya. Lunch in restaurant. Shopping Tour. Check an hotel and Dinner at restaurant. Free program

    DAY 5 : HOTEL – AIRPORT
    Breakfast at hotel. Free program until time transfer to Kualanamu International Airport for return flight. Tour End.




    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
    • DRIVER
    • PATROL
    • EKSIDENT INSURANCE
    • GOVERNMENT TAX

    ReplyDelete
  10. Klu masuk brunei boleh x klu guna photostat geran kereta ja?

    ReplyDelete
  11. Thanks and I have a neat offer: Where Do You Get The Money To Renovate A House home addition contractors

    ReplyDelete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my