Hari Sukan Negara 2017 : Jom kita bersukan
“Running is nothing more than a series of arguments between the part of your brain that wants to stop and the part that wants to keep going.”
Selamat Pagi semua..
Hari Sabtu lepas, aku berkesempatan untuk berlari 10km sempena Hari Sukan Negara. Sambutan Hari Sukan Negara di istiharkan minggu ke dua bulan Oktober setiap tahun dan merupakan insiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan . Selama tiga tahun berturut-turut aku ikut larian 10km.
Tahun ni, Cik Pandelela Rinong turun padang memberi sokongan Hari Sukan Negara di Bintulu tetapi malangnya tidak berkesempatan bertemu dengan beliau. Terdapat lebih 20 acara di adakan, larian 10km, acara berbasikal pada sebelah petang, Aerobathon dan yang menariknya ada cabutan bertuah, Motosikal Modenas MR1 bernilai Rm5,000.
Siapa agaknya yang bertuah membawa balik motosikal tu? Sambil bersukan dapat lagi motosikal.
Jom kita bersukan
Tarikh : 14.10.17 / Sabtu
Flag off : 0615 Pagi (Tapi flag off jam 0640)
Jarak : 10Km
Tempat : Dewan Suarah Bintulu, Bintulu
Yuran Penyertaan : RM20 (Early Bird) / RM25 (Normal Price)
Penganjur: Bintulu Triathlon Association dan Kementerian Belia Dan Sukan Bintulu
Mencari mood di awal pagi
Jom kita bergambar
Jom panaskan 'enjin' sebelum berlari
Garisan permulaan dan penamat
Baru 8km, ada 2km lagi tu
Medal dan beberapa makanan dan minuman di berikan selepas menghabiskan larian
Tahun ni special sebab ada Air Milo sedap
Jum kita minum Extra Power Root
Ada gerai 100 Plus
Semua orang gembira selepas mendapat medal, posing jangan tak posing
okay, bye
7 comments
yaaa btol..Air milo lori tu memang sedap, memang bberapa kali beratur semata-mata nak minum milo tu..Sedap lagi dari kita beli kat kedai kan...Aktiviti sihat badan pon sihat kalau join aktiviti macam ni
ReplyDeleteMiss Tins active sungguh, sempat participated dalam larian.. Bagus activity begini..
ReplyDeleteHai I Am Lz...Yaa sempat menyempatkan diri..Aktiviti sihat kan badan ni...
DeleteWah! happeningnnya.
ReplyDeleteMrs. A pun suka aktiviti macam ni...
Oh! time HSN ni macam-macam aktiviti sukan adakan....
Mrs. A berbowling join company event
Memang Happening...Macam2 acara ada bila HSN tiba..Wah main bowling pon best juga tapi saya tak pandai sangat asyik masuk longkang ja bola bowling tu hihi
DeleteHebat... Tahniah sis..
ReplyDeleteAktiviti yang bagus dan menyihatkan..
yaaa aktiviti bagus dan sihat...Sis boleh join juga aktiviti ni, setiap tahun ada kat semua negeri,tarikh yang sama...
Delete"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"