Bagaimana membuat tempahan Hotel dan redeem Gift Cards dari Agoda.com

by - 21:08

“Take only memories, leave only footprints.” – Chief Seattle


Hotel yang pernah aku stay di Sabah : Klagan Hotel


Selamat Pagi semua,

Kali ini aku nak menulis pasal tempahan hotel secara online. Antara website yang menawarkan tempahan hotel secara online seperti Trivago (Yang ni femes, selalu keluar dalam iklan tv), Hotelcombined.com, Booking.com, Agoda.com, Priceline dan semua terletak pada kerajinan kita untuk membuat perbandingan harga sebelum menempah.

Bagi aku, aku suka baca review orang yang pernah tinggal di tempat penginapan tu. Apa yang di sediakan tempat penginapan tu, adakah sarapan di sediakan atau sekadar bilik basic yang hanya menyediakan katil sahaja dan kalau nak aircon atau hiburan seperti TV , kita perlu membuat bayaran tambahan.

Antara review yang aku dapat dari Agoda.com : Sumber

Dan kedua, aku akan membuat perbandingan tempat penginapan itu berdekatan dengan transport awam seperti stesen bas , stesen keretapi atau berdekatan dengan Lapangan terbang. Tujuan aku membuat perbandingan ini adalah untuk mengurangkan kos pengangkutan lain. Misalnya tempat penginapan kita tu 10km dari stesen bas takkan nak berjalan kaki ke Stesen Bas tu kan.

Hari ni aku akan tunjukkan bagaimana aku redeem Gift Cards dan tempahan hotel secara online dari Agoda.com. Memandangkan hari ini aku membuat tempahan hotel di Ho Chi Minh untuk aku travel hujung tahun nanti,alang-alang aku kongsi sekali bagaimana aku membuat tempahan dan berkongsi bagaiamana mendapat harga murah untuk tempahan tempat penginapan aku.Sebelum tu, kita kena ada akaun Agoda.com dan log masuk terlebih dahulu.



Gift Cards yang aku ada sekarang 

Cara penebusan 



1.Nama tempat penginapan / letak nama tempat misal nya Ho Chi Minh dan kemudian Agoda.com akan senaraikan tempat penginapan yang ada di Ho Chi Minh.

Sebab utama aku memilih Phuong Hoang Hotel di sebabkan lokasinya berdekatan dengan Stesen Train. Aku kena gerak  seawal 6 pagi untuk mengejar train ke Phan Thiet yang akan bergerak pada 6.40 pagi. 

2.Tarikh Check In

3.Tarikh Check Out

4.Pilih berapa bilik dan berapa orang yang akan menginap

5.Klik search 





Selepas memilih tempat penginapan dan tarikh, kita akan memilih jenis bilik yang kita nak. Misalnya kita nak bilik yang jenis Standard Double, yang tak kongsi bilik mandi, klik 1 pada rooms. Lepas tu, klik Book Now & Pay Later serta free Cancelation.


Sebab utama aku selalu memilih kriteria Book now & pay later dan free cancelation adalah untuk memudahkan untuk aku membatalkan tempahan sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat di elakkan. Kalau kita ambik yang jenis pay now, kadang-kadang kita tidak akan dapat duit kita kembali sekiranya kita membatalkan tempahan. Kan rugi dah kat sini. 



Kita akan di beri dua pilihan, pilih mana ikut kesesuaian masing-masing. Pilihan di tangan anda. Dan aku memilih Pay Later.


Pastikan nama di key in adalah betul dan no telefon untuk memudahkan pihak penginapan menghubungi kita sekiranya terdapat masalah dengan tempahan penginapan kita tu. 

Sekiranya kita dapat jangka masa kita dapat check in ke tempat penginapan kita tu, letak la jam brapa bila kita dapat sampai di Arrival time. 

Kalau ada Promo code boleh letak. Periksa semua maklumat betol tidak, tarikh dan jenis bilik tempahan sebelum kita ke page seterusnya.




1.Terdapat 3 pilihan sebelum kita redeem Gift Cards dari Agoda.com Pilih ikut kesesuaian masing-masing. Kali ini, aku nak redeem gift card aku yang bernilai RM37.12.

2.Coupon redeem :- yang ni automatik Agoda.com bagi sebab hotel yang aku pilih tu ada diskaun semasa aku membuat tempahan. Tengok kat sini aku dapat redeem RM2.07. 

3.Ini adalah harga sebenar yang patut aku bayar sebelum aku redeem gift cards aku. RM67.65

4.Ini adalah jumlah redeem gift cards yang aku nak redeem. RM37.12

5.Dan aku hanya membayar RM30.53. Selepas di tolak kupon dan Gift cards yang di beri Agoda.com. 


Selepas kita selesai membuat tempahan, kita akan dapat summary tempahan kita melalui emel . Bila sampai di Tempat penginapan yang kita tempah, kita hanya tunjukkan booking no yang telah di emelkan .

 Selamat bercuti .

Okay, bye


You May Also Like

23 comments

  1. agoda dot com..memang senang nak gunakan selain byk offer dan murah dapatkan penginapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selalu dapat offer sebab tu saya suka booking pakai agoda.com :)

      Delete
  2. Nice sharing.
    Tak pernah guna Agoda lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mrs A, nanti boleh try pakai Agoda...memang boleh di percayai :)

      Delete
  3. Replies
    1. Hi Mamapp, tu adalah reward dari Agoda setiap kali booking dengan Agoda.com . Tapi yang tak best nya gift card tu ada tarikh luput jadi kena pakai sebelum tarikh luput tu :)

      Delete
  4. Memang murah En Noor,berbaloi-baloi buat tempahan macam ni .Boleh tengok review orang lagi pasal tempat penginapan tu :)

    ReplyDelete
  5. wahhh nak ke ho chi min. selamat cuti qistina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa pegi Vietnam tapi lambat lagi sis, ada sebulan lebih lagi tu...Tengah menghitung hari ni :)

      Delete
  6. Ramai kawan-kawan yang cakap dengan Agoda lagi murah.. Tapi tulah kena pakai credit card.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu murah sis, tak perlu kad kredit sis...Saya booking pakai debit kad ja...

      Delete
  7. Kenapa saya booking guna agoda x pernah pun dpt gift card?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sis Hani..Kena tengok term juga sis.. Kadang2 ada booking yang tak offer gift card, tapi kadang-kadang dia bagi promo code.

      Delete
  8. giftcard Agoda ni kite kena beli atau automatik dpt once kite ada account agoda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Unknown...Kalau nak dapat gift card ni, cari properties yang ada ikon Gift card.

      Delete
  9. NK TANYA..KENAPA BILA S NK REDEEM GIFT CARD TU DIE XTOLAK SIAP2 DLM INVOICE SAYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Unknown.. Sila refer dengan agoda..Saya check balik invoice, harga dia sama dengan selepas di tolak gift card tu dalam invoice. :)

      Delete
  10. Berapa la reward tu boleh dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sis Siti..Bergantung berapa diorang offer masa tu.

      Delete
  11. Gift cards ni Tak boleh share dgn org lain ke?

    ReplyDelete
  12. Hi, nak tanya. mcm mana taim saya buat booking tak ade keluar or nampak payment option pakai agoda gift card yer? saya memang ada sudah gift card tu. tq :)

    ReplyDelete
  13. HAiii sy ada cupon agoda rm300 tp bila dh keyin semua...time nak cnfom booking tu..sy pilih guna cupon dia just naik - 15% sja... so macam mana cara nak guna cupon rm300 dr email tu

    ReplyDelete


"Jarimu jangan kau gunakan untuk menulis aib orang lain. Kerana engkau juga punya aib dan orang lain juga punya jari"

Blogged.my Blogged.my